cakes

Resepi: Black Forest Butter Cake

Resepi: Black Forest Butter Cake

Masa untuk minum Teh!

Masa zaman remaja dahulu, waktu minum petang adalah waktu yang paling menyeronokan.  Minum panas-panas bersama kuih-muih yang bonda masak. Cucur bilis, kek, jeput pisang,apam atau paling ringkas biskut tawar. Tidak ingat apa yang selalu diperbualkan, tapi saya masih rasa ia situasi yang seronok.

Petang ini buka peti sejuk tiada apa yang boleh dikudap-kudap. Tiada kek, tiada biskut, tiada roti. Semua sudah habis. Bila masa lapar, minat untuk membuka buku resepi berkobar-kobar. Kalau buka dan kek boleh diambil dari gambarnya alangkah indah. :p

Oh! Black Forest Butter Cake, menarik juga. kebetulan ada baki inti cherry hitam di dalam peti sejuk. Apa lagi, layaann….

P1230055

Resepi;

2oog  mentega
200g gula halus
4 biji telur
200g tepung
1/2 tsp baking powder
250g inti ceri pai (Resepi asal 425g/ 1 tin ceri hitam kemudian ditos)

80g coklat (saya guna coklat gelap)
40ml susu
1 tbsp serbuk koko
1/8 tsp soda bikarbonat.

Caranya;
1.Panaskan oven 170 darjah celsius.
2. Minyakan loyang 9 inci bulat atau 8inci segi empat.
3. Pukul mentega sehingga ringan dan cerah.
4. Tambah telur sebiji telur, putar dan ulang kembali sehingga telur habis.
5. Kaup balik tepung yang telah diayak dengan baking powder sehingga sekata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.
6. Cairkan coklat bersama susu dan serbuk coklat.
7. Bancuhan coklat dikaup balik bersama satu bahagian adunan dan soda bikarbonat.
8. Sebahagian lagi, masuk ke dalam loyang yang sudah siap diminyak. Sudukan inti ceri secara rawak di atasnya.
10. Tuang adunan coklat ke atasnya.
11. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak. (Bila cucuk dengan lidi, tiada kesen melekit).
12. Sejukan 15 minit sebelum dikeluarkan.

 

 

Nota: Resepi dari buku I Love Butter Cake – Kevin Chai

 

 

Menu Baru Red Velvet Cake Cupcakes

Tahun baru menjelma, waktu bercuti sudah berakhir. Banyak kerja yang perlu dilakukan tentang produk dan tentang website. Bnayak yang perlu diperbaiki dan diperbaharui. Namun ia agak sukar untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat dengan ada perkara lain yang perlu dilakukan.

Untuk tahun 2011, perkenalkan menu baru Onepiecebakery iaitu Red Velvet, setelah beberapa pelanggan bertanya dan setelah beberapa kali kami cuba membuatnya. Rasanya sedap da digemari oleh pencuba rasa kami.

Apa itu Red Velvet;

Red velvet adalah ‘buttermilk’ kek yang berwarna merah, mengandungi serbuk koko dan pewarna merah. Mahu cuba.. mari tempah dengan kami pada harga istimewa sepanjang bulan Febuari ini.

Kek

K7 – Saiz 7in RM35 RM30 (Saiz 7″ hanya untuk promosi bulan Febuari sahaja)

Red Velvet Cupcake

K9 – Saiz 9in RM70 RM55

Cupcake

Saiz M – RM 55 RM45

Order

Handy Manny Cake and Cupcakes

Assalammualaikum and Hi to all,

Wheww! what a long long time to update again my blog. There is a lot actually going on here in OnePieceBakery Land of cake creation Open-mouthed smile.

Let me see where should I start first? Oh well, let start with this statement then “Ada orang, blognya tiada post yang baru. Penat masuk sahaja” (Translate : “There is this guy and a blog but no update.Wasting my time checking it”).

Sound harsh eh?. Can’t agree more. It’s true what most of my bloggers friends said,

“Anyone can create a blog but can you maintain and keep up with the updates?”

Why having a blog then in the first place? One might ask.
Because blog keep us connect with all the friends and fans who always be there as an X factor that drive where we are now, and to this answer, I have made a promise that from now on I will with all my effort to updating this blog and share all the stuff that we want to share with you guys.
(Oh Mighty ALLAH, give me the strength to sharing and caring).

Opss, here I go again (hajar will scold me everytime I start writing a post, “Mahu tulis novel ke?”). Lets not be sidetrack from the main title of this post. I guess I will share 2-3 good news on the next post (yeah, keeping up with the blogging update hehehe).

Hajar are on leave currently, she are not going anywhere by the way. Just having a few months of not playing with her beloved cakes,cupcakes,flour,etc. Once in a sunny days she still came to the kitchen and start experimenting some recipe, and when this happen, we are so happy! (it’s when we can taste all this new pastry stuff. YUMMY!)

By not having Hajar in the kitchen, it leave me alone then to take and do all the order (ehem! I can baking and design too Winking smile ). Recently I got a repeat order from Puan Eita. We did her Thomas the train cake if I still remember, and this time she ask us to make for her boy the Handy Manny cake and cupcakes. Cartoon is one theme that I enjoy most in design it (no wonder my aunt still yelling at me untill today “Sudah tua ada anak dua pun masih tengok kartun? ).

We take the job and this is the outcome. Enjoy!

handy-manny-cake

Handy Manny Cake | 1Kg

handy-manny-cupcakes

Handy Manny Cupcake | M25

Wedding cake @ kek kahwin diambang 2010

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2010 dan dah berbulan lamanya blog ini berhenti, ramai yang tertanya-tanya hasil kerja terbaru. Bila terhenti aktiviti mengupdate seolah-olah tiada aktiviti di One Piece Bakery, bukan berhenti/ tutup kedai cuma terlalu kurang masa untuk mengupdate cerita disini. Minta maaf pada yang tertunggu-tunggu.Menjelang Raya Aidiladha 2009 yang lalu, One Piece Bakery tak putus-putus menerima tempahan untuk hantaran dan majlis perkahwinan diikuti dengan tempahan untuk hari lahir.. Alhamdullilah, syukur.

Beberapa gambar tempahan kahwin di penghujung 2009 tetapi sebelum itu,Cupcake untuk En. Mohd Rizwadie di Seremban2 daripada Cik Nik Rabihah di Kuantan sempena Tahun 2010. Cupcake coklat size M25, Tema – merah, putih dan hitam.Maaf ya Cik Nik Rabihah lambat post gambar ni.

Nik Rabihan to Mod Rizwadie

Nik Rabihan to Mod Rizwadie

……………………………………………………..

CODE: WSB 01

Pn.Zuwaidah

Wedding Cake:  PN. Zuwaidah untuk anak saudara beliau. Coklat cake, size 11″ – 7″  square dan tinggi dalam 6″. Tema color Terima kasih Pn. Zuwaidah atas tempahan dan cadangan tempoh hari.

……………………………………………………..

CODE: WCC B05

Pn. Khairuni

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Tower Cupcake: Order dari Pn.Runi bagi pihak bosnya, majlis bertempat di Dewan Sentul. Top cake saiz 6″ dan cupcake size Large 100pcs.

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Sweet design

Erra fazira

AJL2009

Siti Nurhaliza

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Sweet design

Erra fazira

AJL2009

Siti Nurhaliza

……………………………………………………

CODE: WCF 03

Wedding Pn.Emi Safwani & En.Khairul Azhari

CODE: WCF 03

CODE: WCF 03

Kek ini ditempah oleh Pn. Ida Suriani bagi pihak adiknya Pn. Imi Safwani, majlis berlokasi di Bangi Golf Resort. Kek coklat dan Kek lobak (atas) bersaiz 12″- 9″ – 6″. Hiasan Fondant.

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Sweet design

……………………………………………………

wedding-cake-3st-3

Pn.Diana

wedding cupcake

Cupc

Kek Kahwin untuk Pn. Diana yang berlangsung di Jelebu. Kek Chocolate bersaiz 11″- 7″ – 4″ di     hias menggunakan Fondant serta royal ising.


Untuk gambar -gambar lain klik disini.


Football @ Bola Sepak

Sedar tak sedar Syawal dah berakhir… Tempahan kek dan cupcake kembali dibuat seperti biasa. Perancangan yang dibuat untuk bulan syawal tak dapat dilaksanakan kerana tempahan telah dipenuhi untuk tempahan birthday dan kahwin selain onepiece pun nak beraya.

Seperti tahun-tahun sudah Bola menjadi tema wajib untuk Birthday bagi lelaki, terutama bila musimnye menjelang. Kami bukan peminat bola tau-tau Onepiece telah dibanjiri tempahan bertemakan bola. Ini tandanya musim bola dah tiba…agaknya masa pots ni keuar dah berakhir kot.. Rata-rata pasukan bola dari luar MU, Chelsea, Liverpool…barang kali peminat sukan Malaysia ni tak minat dengan liga sendiri. Kenapa ye.. permainan malaysia ni tak cukup bagus ke?

Customize

Customize

customize

customize

More picture

CAKES

CUPCAKES

Cowboy dan PD

Theme birthday- Cowboy, dari anak-anak buat bapa tercinta. Lokasi di PD. Cake Size 8″ flavor; Chocolate cake, layer dengan chocolate ganache. Topper; Butter cream.  1Set cupcake M25-Chocolate. Cake dan cupcake dihantar ke rumah keluarga Ieqa (baru teringat nama client… :P).

Seawal pagi.. kami bertolak dari seremban pukul 6pagi… dengan hajat boleh mandi manda. Jalan kerumah Ieqa ni agak trick sket.., ditambah dengan keadaan gelap dan hujan lebat.. oleh yang demikian kami tersasar sampai kesempadan N9-Melaka. Telipon2.. cari2 direction ..akhirnya sampai juga.

Hujan masih turun renyai2 anak2 agak kecewa sebab macam takde harapan nak turun ke Pantai. Selepas Breakfast.. alhamdullillah hujan dah berhenti. Apalagi dengan mata yang bersinar2 jiwa yang membara mereka turun ke pantai..  Tapi mamanye.. mata kian layu.. dan Zzzzz… sepanjang pagi yang nyaman tu.

cowboy-cake-021

Dan juga cupcake….

cowboy1cowboy31cowboy4cowboy5

Hantaran- kek

Hayaku..hayaku.. banyak sangat gambar nak dimasuk, tapi kena edit dulu.. huh banyak kerja jadinya. Kerja lain pun masih bertimbun tak settle lagi.. masa berjalan. Website pun banyak yang perlu dipelajari.. Almaklumlah budak baru belajar hehehe. Berkenaan dengan Website minta maaf sesangat jika ada yang eror terutama sekali page “order”.  Jika page itu masih bermasalah boleh email kami untuk tempahan dan pertanyaan di onepiecebakery(at)yahoo.com. Jadi untuk hari ini selamat mencuci mata…

Kek hantaran ni untuk 3 client yang berbeza…(minta maaf.. tak ingat siapa.. itu la akibatnya menyimpan kerja). Saiz kek, 8 inch  diameter.

[singlepic id=80 w=320 h=240 float=left]     [singlepic id=110 w=320 h=240 float=left] [singlepic id=82 w=320 h=240 float=left]     [singlepic id=89 w=320 h=240 float=left]