Blog

Awal tahun baru 2014

Awal tahun baru 2014

Post terakhir pada bulan.. (Semak sebentar..) November 2013. Hmmp.. lama juga. Azam mahu buat post setiap minggu terbengkalai juga. Maklumlah hujung tahun..(ayat sedapkan hati ;p) Uruskan budak-budak yang mahu masuk sekolah, acara cuti sana-sini dan projek-projek terbaru. Nak post projek pun tidak sempat. Huh! kaloh menteri boh! Selain tempahan kek, cupcake dan juga cookies untuk kenduri-kendara.(…)

Resepi: Congo Bar / Blondies

Resepi: Congo Bar / Blondies

Congo Bar. Apa itu? Baru perasan  apa sebutan sebenarnya. Selalu menyebut ‘kong -go’. Adakah ia berbunyi ‘ko – ngo’. Hmpp.. Congo Bar ini seperti seperti brownies. Selalu brownies guna coklat sebagai bahan perisa utama, manakala Congo bar gula perang dan mentega. Rasanya seperti caramel. Manis, chewy, lemak, wangi. Tekstur seperti kukies coklat cip lembut. Bahan(…)

Resepi: Roti Naik

Resepi: Roti Naik

Sudah lama tidak membuat roti. Terasa mahu makan roti pula. Asyik makan kek pun jemu juga. Tekak mahu sesuatu yang lembut dan manis. Tidak mahu roti kormesil, ada perasaan malas untuk membentuk atau mengintikan roti. Lain kali kita buat. Pada suatu masa, (macam mahu bercerita kisah dogeng pula.. :p) di Facebook sana sini naik kisah(…)

Kaunter: 22 – 26 Oktober 2013

Kaunter: 22 – 26 Oktober 2013

Kaunter One Piece mempunyai pelbagai hidangan hasil kerja-kerja mingguan kami. Rasa dan pemilihan hidangan akan berbeza-beza mengikut projek yang diterima. Menu kami untuk hujung minggu ini 22 -26 Oktober 2013 ialah :   Habis   Ada pada 24 khamis sehingga habis.  Habis 3 unit sahaja Untuk keterangan / membeli : Sms ke 013 388 7271 ; Nama, kod(…)

Resepi: Black Forest Butter Cake

Resepi: Black Forest Butter Cake

Masa untuk minum Teh! Masa zaman remaja dahulu, waktu minum petang adalah waktu yang paling menyeronokan.  Minum panas-panas bersama kuih-muih yang bonda masak. Cucur bilis, kek, jeput pisang,apam atau paling ringkas biskut tawar. Tidak ingat apa yang selalu diperbualkan, tapi saya masih rasa ia situasi yang seronok. Petang ini buka peti sejuk tiada apa yang(…)

Kaunter: 18 – 20 oktober 2013

Chocolate Moist  Kek cawan Vanila Japanese Roll : Tiramisu  ( 19 -20 hb) Untuk keterangan / membeli : Sms ke 013 388 7271 ; Nama, kod produk , kuantiti, waktu ambil.   Note: Jika waktu sibuk / sedang bekerja kami jarang pick up telefon. Jadi Sms atau in box di Facebook lebih baik.

Projek: Kereta Teksi Mercedes

Projek: Kereta Teksi Mercedes

Kek birthday ditempah oleh Shiela bagi pihak kakak ipar untuk ayah mertuanya. Terima kasih Shiela. Kek ini pada asalnya guna topping buttercream kemudian diubah kepada choclate ganache. Dari kanvas berwarna putih, mudah dipadan kepada apa jenis warna kepada warna coklat gelap, mati kutu dibuatnya. Bila tukar tiba-tiba, mentol idea di dalam kepala pop! pecah dan(…)

Resepi Pai Epal Mini

Resepi Pai Epal Mini

Hujung minggu yang lalu saja-saja buat pai epal. Mengidap Mengidam sudah lama, tapi penyakit M & A( Malas & Alasan) kuat sangat. Epal hijau sudah 3 kali dibeli dengan semangat mahu membuat epal hijau. Setiap kali ke kedai, nampak sahaja epal hijau yang posing baik di rak, cintapun mula berputik, jiwa penuh semangat hendak membuat(…)