About Hajar

Posts by Hajar:

Awal tahun baru 2014

Awal tahun baru 2014

Post terakhir pada bulan.. (Semak sebentar..) November 2013. Hmmp.. lama juga. Azam mahu buat post setiap minggu terbengkalai juga. Maklumlah hujung tahun..(ayat sedapkan hati ;p) Uruskan budak-budak yang mahu masuk sekolah, acara cuti sana-sini dan projek-projek terbaru. Nak post projek pun tidak sempat. Huh! kaloh menteri boh!

Selain tempahan kek, cupcake dan juga cookies untuk kenduri-kendara. One Piece juga cuba masuk ‘line walk in customer’. Bermula dengan crepe Durian dan geng ke produk kek dan Cheese Meleleh. Jika dahulu pengeluaran produk berdasar tempahan, kini produk perlu buat setiap hari. Kerja sampai tidak cukup kaki tangan. Mana tidak, perkerja sudah dapat majikan baru. Apapun ia permulaan yang baik, alhamdullillah diberi rezeki ilmu, rezeki pendapatan, rezeki pengalaman, rezeki masa dan banyak lagi.

Produk-produk One Piece Bakeri yang berada di Mama One Stop Bakeri;1514968_10151832423882984_565852345_n

1. Crepe: RM10/6biji

  • Crepe Durian (Laku keras) – Kena hentikan sementara, sebab Durian yang berkualiti susah hendak dapat. Ada cuba guna durian biasa, hasilnya produk cepat rosak dan rasa duriannya kurang menyengat.
  • Crepe oreo, strawberi, Blueberry – atas permintaan sahaja.

2. Kek keju meleleh (Melty/ lava cheese cake): RM8

  • Tiramisu -(Laku keras) Kegemaran kami
  • Pandan
  • Vanilla
  • Lemon – Sedap rasa masam-masam lemon.
  • Karamel – (Flavor baru) Sedap
  • Redvelvet – (Laku keras)
  • Coklat beri – (Laku keras) Kesukaan Penulis Blink – Izzanor

3. Kek : RM15/pak

  • Redvelvet dengan krim keju
  • Kek lobak dengan krim keju

 

Untuk dapatkan produk boleh pergi ke Mama One Stop Bakeryand Cafe (GPS : 2.717903, 101.987648) atau SMS ke 013 388 7271 ( Nama, produk,kuantiti dan waktu)

 

Ok.. cukup untuk hari ini. Fikir mahu tulis perkara lain tapi tulis perkara lain pula.. Lain kalilah  ^ . ^

 

Semoga kita dirahmati Allah. Amin

Resepi: Congo Bar / Blondies

Resepi: Congo Bar / Blondies

Congo Bar. Apa itu? Baru perasan  apa sebutan sebenarnya. Selalu menyebut ‘kong -go’. Adakah ia berbunyi ‘ko – ngo’. P1240398Hmpp..

Congo Bar ini seperti seperti brownies. Selalu brownies guna coklat sebagai bahan perisa utama, manakala Congo bar gula perang dan mentega. Rasanya seperti caramel. Manis, chewy, lemak, wangi. Tekstur seperti kukies coklat cip lembut. Bahan penambah kesedapan congo bar ini ikut sukahati. kacang walnut, kacang pecan, kelapa, Coklat M & M. Tapi bahan wajibnya coklat chip.

Selain dikenali sebgai congo bar ia juga dipanggil sebagai Blondies. Entahlah ia ke tidak. Nanti kita cuba.

Kenapa panggil ‘bar’? Sebab ia dipotong seperti bar, empat segi panjang tu.

Sedap ke? Kesedapan Congo bar ini bergantung bahan yang digunakan. Oleh kerana bahan utamanya gula perang dan mentega, carilah yang terbaik. Harum satu rumah. Guna mentega tulin bukan marjerin atau mentega campuran nanti kesedapanya kurang.

Mari layan resepinya..

Congo Bar  – 10 x 10 inci
335g  Tepung gandum
2.5 tsp Serbuk penaik
1/2 tsp garam

150g Mentega
400g Gula perang

3biji telur (A)
1 tsp vanila

330g cip coklat
130g kacang pecan

Cara-cara;
1. Panaskan oven 180 darjah selsius. Alas loyang 10 x 10 inci.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Letak tepi.
3. Putar mentega dan gula hingga sebati.
4. Masuk telur satu persatu dan vanila. putar sebati.
5. Campurkan tepung. Putar hingga sekata.
6. Gaulkan kacang pekan dan cip coklat.
7. Masuk dalam loyang, ratakan dan bakar. 30 minit.
8. Keluarkan dari loyang, biarkan 5 minit dan potong.
P1240384

Saya letak Oreo.

 P1240396

Congo Bar

 

Selamat makan.

Resepi: Roti Naik

Resepi: Roti Naik

Sudah lama tidak membuat roti. Terasa mahu makan roti pula. Asyik makan kek pun jemu juga. Tekak mahu sesuatu yang lembut dan manis. Tidak mahu roti kormesil, ada perasaan malas untuk membentuk atau mengintikan roti. Lain kali kita buat.

Pada suatu masa, (macam mahu bercerita kisah dogeng pula.. :p) di Facebook sana sini naik kisah roti naik.

Jemput makan.

Entah apa yang naik saya tidak tahu. Ia roti kosong sahaja, di bakar dalam loyang dan berbentuk seperti susunan bunga. Ketika google-google terjumpa blog http://aziejaya.blogspot.com. Ada resepi Roti naik Pahang. Versi Pahang agaknya, sebab itu namanya begitu dan munkin ada versi lain agaknya. Ada siapa tahu?

Roti ini saya buat dua kali. Kali pertama bakar guna 2 loyang. saiz 8 inci dan 6 inci. Saiz 8 tidak masak di tengah. Munkin kerana terlalu padat dan membakar tidak cukup lama. Oleh itu kena bakar semula. Namun ban yang di tengah sudah tidak seronok untuk dimakan. Mujur ia kelopak bualt-bulat. Kelopak yang tidak masak di tarik buang. Rasa membazir juga walaupun satu biji.

Kali kedua, buat bentuk ban manis dan mufin. Senang untuk dimakan. Makan satu-satu. Yang lain masih cantik tidak rabak kalau tidak habis.

Resepi Roti Naik;

1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis + air = 200ml
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar + 1 sudu kecil majerin
500 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
Cara cara:

  1. Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih. ( Kalau tidak berbuih, tandanya yis sudah mati.)
  2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
  3.  Masukkan bahan bahan cecair iaitu air susu dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata hingga menjadi doh. (Tepung sudah tidak melekat-lekat di dinding mangkuk)
  4. Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sehingga lembut dan elastik. Tutup dengan tuala basah atau masuk ke dalam plastik dan biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya. Doh sudah cukup kembang apabila kita cucuk/ tekan dengan jari ia tidak melantun kembali dan berbekas.
  5. Bahagikan kepada beberapa biji…(maaf saya tidak kira.) Saya timbang 50gram setiap biji. kemudian susun ke dalam loyang yang sudah di minyak.
  6. Biarkan seketika sehingga doh naik 2kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 20minit.
  7. Apabila selesai membakar, keluarkan dan sapu dengan mentega.

 

Kronologi:

Bancuh — Uli hingga elastik (5 – 10minit) — Rehat (25minit – 1jam)  —  Bentukkan  —  Rehat (30minit) — Bakar (20minit)

 

Selesai bakar sapu dengan mentega.

Edisi 1, bentuk asli Roti naik.

P1240368

Edisi ke 2

P1240370

Edisi ke 2, bentuk muffin.

Untuk bentuk seperti muffin, doh diletak ke dalam acuan muffin.  Bentuk ban, hanya susun ke atas dulang pembakar.

CSI;

Mudah: Mudah jika ada mesin pengadun. Kalau guna tangan akan mengambil masa lebih panjang.

Rasa: lemak, manis

Tektur: lembut dan gebu. Kulinya garing ketika masih panas.

Rupa: Tiada rupa istimewa namun warnanya yang perang dan berkilat sudah cukup menyelerakan.

Pro: Tidak perlu dibentuk, makan begitu sahaja sudap cukup sedap.

Kon: Proses yang meleret untuk dapat makan Roti.

Adakah saya mahu buat lagi: Ya

Kaunter: 22 – 26 Oktober 2013

Kaunter: 22 – 26 Oktober 2013

Kaunter One Piece mempunyai pelbagai hidangan hasil kerja-kerja mingguan kami. Rasa dan pemilihan hidangan akan berbeza-beza mengikut projek yang diterima. Menu kami untuk hujung minggu ini 22 -26 Oktober 2013 ialah :

 

JR-mangga

(Kod: JR-M) Japanese Roll – Mangga

Habis

 

Chocolate moist

(Kod: CM )Chocolate moist

Ada pada 24 khamis sehingga habis.  Habis

P1240529

KCC: Kek coklat cheese + coklat
KCB: Kek coklat cheese + Blueberi

3 unit sahaja

Untuk keterangan / membeli :

Sms ke 013 388 7271 ; Nama, kod produk , kuantiti, waktu ambil.

 

Note: Jika waktu sibuk / sedang bekerja kami jarang pick up telefon. Jadi Sms atau in box di Facebook lebih baik.

Resepi: Black Forest Butter Cake

Resepi: Black Forest Butter Cake

Masa untuk minum Teh!

Masa zaman remaja dahulu, waktu minum petang adalah waktu yang paling menyeronokan.  Minum panas-panas bersama kuih-muih yang bonda masak. Cucur bilis, kek, jeput pisang,apam atau paling ringkas biskut tawar. Tidak ingat apa yang selalu diperbualkan, tapi saya masih rasa ia situasi yang seronok.

Petang ini buka peti sejuk tiada apa yang boleh dikudap-kudap. Tiada kek, tiada biskut, tiada roti. Semua sudah habis. Bila masa lapar, minat untuk membuka buku resepi berkobar-kobar. Kalau buka dan kek boleh diambil dari gambarnya alangkah indah. :p

Oh! Black Forest Butter Cake, menarik juga. kebetulan ada baki inti cherry hitam di dalam peti sejuk. Apa lagi, layaann….

P1230055

Resepi;

2oog  mentega
200g gula halus
4 biji telur
200g tepung
1/2 tsp baking powder
250g inti ceri pai (Resepi asal 425g/ 1 tin ceri hitam kemudian ditos)

80g coklat (saya guna coklat gelap)
40ml susu
1 tbsp serbuk koko
1/8 tsp soda bikarbonat.

Caranya;
1.Panaskan oven 170 darjah celsius.
2. Minyakan loyang 9 inci bulat atau 8inci segi empat.
3. Pukul mentega sehingga ringan dan cerah.
4. Tambah telur sebiji telur, putar dan ulang kembali sehingga telur habis.
5. Kaup balik tepung yang telah diayak dengan baking powder sehingga sekata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.
6. Cairkan coklat bersama susu dan serbuk coklat.
7. Bancuhan coklat dikaup balik bersama satu bahagian adunan dan soda bikarbonat.
8. Sebahagian lagi, masuk ke dalam loyang yang sudah siap diminyak. Sudukan inti ceri secara rawak di atasnya.
10. Tuang adunan coklat ke atasnya.
11. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak. (Bila cucuk dengan lidi, tiada kesen melekit).
12. Sejukan 15 minit sebelum dikeluarkan.

 

 

Nota: Resepi dari buku I Love Butter Cake – Kevin Chai

 

 

Kaunter: 18 – 20 oktober 2013

Chocolate Moist 

Kek cawan Vanila

Japanese Roll : Tiramisu  ( 19 -20 hb)

Untuk keterangan / membeli :

Sms ke 013 388 7271 ; Nama, kod produk , kuantiti, waktu ambil.

 

Note: Jika waktu sibuk / sedang bekerja kami jarang pick up telefon. Jadi Sms atau in box di Facebook lebih baik.

Projek kek cawan

Projek kek cawan

Tiada istimewanya projek kek cawan kali ini kecuali permintaan flavor coklat tanpa telur dan uniknya minggu ini semua bewarna pink dan unggu. Senang kerja. Layan sahajalah…

Kek cawan untuk Birthday dan hantaran.

Order

 

 

 

Projek: Kereta Teksi Mercedes

Projek: Kereta Teksi Mercedes

Kek birthday ditempah oleh Shiela bagi pihak kakak ipar untuk ayah mertuanya. Terima kasih Shiela. Kek ini pada asalnya guna topping buttercream kemudian diubah kepada choclate ganache. Dari kanvas berwarna putih, mudah dipadan kepada apa jenis warna kepada warna coklat gelap, mati kutu dibuatnya. Bila tukar tiba-tiba, mentol idea di dalam kepala pop! pecah dan kena cari mentol idea yang baru. Permintaan kali ini kek coklat tanpa telur bersama coklat ganache. Emmphh.. sedap. Sesuai untuk sesiapa yang alergik telur dan berpantang tidak makan telur. Hiasan, Figurine kereta teksi Mercedes.  Hendak buat seketul menggunakan fondant saya tidak suka, siapa mahu makan Ising fondant seketul begitu. Fikir dan fikir, apa kata guna coklat dan balut dengan fondant. Kemudian bercita-cita ambil gambar langkah demi langkah. Namun bila sudah kusyuk.. bye! bye! kamera. Bila sudah selesai separuh, tepuk dahi sajalah. Lupa snap gambar.

Idea asal pelanggan mahu kereta berada atas jalan. Jalan dibentuk nombor 70.  Pening juga fikir bagaimana hendak menterjemah jalan atas dasar yang sedia gelap. Kemudian ada penambahan perkataan ‘HAPPY BIRTHDAY’ pula. Ok. nombor sudah menjadi kecil. Kereta besar sedikit dari jalan, kalau letak betul-betul atas track tidak nampak pula. Mari lihat hasilnya. (sudah habis idea hendak tulis, Adam mahu susu pula dan Sofia mahu pinjam komputer. Hendak buat kerja  katanya)

Nota:

Kek saiz 11 x 11 | 2 mix
Kek coklat tanpa telur, lapis dan frosting coklat ganache.
Dekorasi; Fondant dan dark coklat 200g
Kaunter : 10 – 11 Oktober 2013

Kaunter : 10 – 11 Oktober 2013

Kaunter One Piece mempunyai pelbagai hidangan hasil kerja-kerja mingguan kami. Rasa dan pemilihan hidangan akan berbeza-beza mengikut projek yang diterima. Menu kami untuk hujung minggu ini 10 – 11 Oktober 2013 ialah :

Mini Pavlova – RM10 / 4pcs
Kod: MP

Cream Puff Mini – RM10/12pcs
Kod: MCP

Coklat moist

Chocolate Moist Bar – RM20 / (8 x 8 x 1 inci)
Kod: CMB

 Bagaimana mahu membelinya?

Sms ke 013 388 7271 ; Nama, kod produk , kuantiti, waktu ambil.

Contoh; Aminah, MCP 5, RVCB 10, Jumaat 5.30 ptg.

 

Nota: Pre-book amat dialu-alukan mulai hari isnin – rabu, bagi memastikan anda dapat menikmatinya pada hari kaunter dibuka. Menu kami dibuat terhad dan sentiasa berubah mengikut projek serta tempahan yang dibuat pada minggu itu.

 

Resepi Pai Epal Mini

Resepi Pai Epal Mini

Hujung minggu yang lalu saja-saja buat pai epal. Mengidap Mengidam sudah lama, tapi penyakit M & A( Malas & Alasan) kuat sangat. Pai epal miniEpal hijau sudah 3 kali dibeli dengan semangat mahu membuat epal hijau. Setiap kali ke kedai, nampak sahaja epal hijau yang posing baik di rak, cintapun mula berputik, jiwa penuh semangat hendak membuat pai epal. Pengakhiran hayat si epal hijau selamat ke dalam perut anak-anak. Alhamdullillah mereka suka jika tidak, masuk dalam perut Cik Tong Sam Pah.Membazir pula.

Pai epal saya buat menggunakan aluminium cup untuk muffin. Senang hendak diurus kalau tidak habis, boleh simpan dalam keadaan cantik. Kalau guna loyang pai, bila hendak makan kena potong-potong. Kalau mahu simpan, hendak makan semula sudah kurang selera. Lagipun saya tidak pasti isi rumah ini suka atau tidak pai epal.

Kelemahan buat mini pula, kena buat banyak berbanding sekali kerja. Untuk resepi ini saya kena buat 9 unit. Terkial-kial juga.

 

Ini resepinya… Happy pai Epal.

A. Inti Epal.

                                      8 biji epal serdahana besar, kupas dan hiris 1cm tebal.                         (Jika membuat saiz pai kecil, epal perlu dipotong kecil-kecil, kiub 1cm supaya cepat masak)
50g gula
50g gula perang
1 sudu besar jus limau (saya guna limau kasturi)
½ sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil garam
15g tepung jagung
30g mentega

Cara membuat inti;

  1. Epal digaul bersama gula, gula perang, jus limau, serbuk kayu manis dan garam. Perap selama 1 jam. (Sementara itu, saya buat kulinya)
  2. Toskan epal dan ambil jusnya sebanyak 120ml.
  3. Jus dimasak bersama mentega sehingga jus berkurangan dan keperangan.
  4. Epal yang telah ditos digaul bersama tepung jagung.
  5. Tuang jus kedalam epal dan gaul sebati.

B. Kulit

350 g Tepung gandum
30 g Gula
225 g Mentega atau marjerin sejuk dan potong 1 inci.
60 – 120 ml Air sejuk

Cara membuat kulit;

Scrap doh

Scrap doh

1.Satukan gula dan tepung.
2.Masukan mentega dan potong-potong guna doh scrap. Lakukan sehingga tepung seperti butiran atau seperti serdak biskut.
3.Masukan air 60ml dahulu dan tambah bila perlu sehingga adunan bersatu bila dipicit.
4.Bebolakan adunan dan bahagi. Bentukkan seperti syiling dan bungkus dengan plastik dan rehatkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 20minit.

C. Memasak Pai Epal

1. Panaskan oven.
2. Canai doh yang sedang berehat di dalam peti sejuk. Diameter sama dengan ukuran loyang pai. 2 sisi + diameter lantai loyang. (Saya dapat 9biji pai epal mini dengan menggunakan aluminium cawan saiz 11.)
3. Potongkan juga adunan untuk penutup pai . (Kalau rajin menganyam sila-silalah menganyam. )
4. Angkat doh yang sudah diacu dan letak ke dalam acuan, kemaskan tepi-tepi agar lekat pada dinding loyang.
5. Letak inti epal penuh-penuh. Tutup dengan adunan yang sudah dicanai. Gunting bahagian lebihan dan tekan bahagian tepi dengan menggunakan garpu.
6. Toreh penutup pai untuk melepaskan wap panas ketika proses membakar.
7. Bakar 220 darjah celsius. Hingga keperangan dan jus  mulai meleleh. Lebih kurang 45 -55 minit. (untuk saiz mini, lebih kurang 30 – 40 minit)
8. Sejukan hingga suam-suam sebelum dimakan.

P1240307

Sedap makan suam-suam kerana kulitnya masih garing dan rapuh.

 

Nota:

1. Epal pai bertambah enak apabila dimakan bersama ais-krim vanila.
2. Boleh disejukbeku. Bila hendak makan, keluarkan dan bakar ke dalam oven 45minit atau hingga masak.