red velvet

Apa itu.. Kek Red Velvet

Apa itu.. Kek Red Velvet

Sejak musim kek Red Velvet memikat hati masyarakat malaysia. Ada yang tertarik untuk

merasa, ada yang sekadar berkata ” wah! cantik” tetapi tidak sanggup hendak memakanya, kerana warnanya merah dan kontra dengan isingnya.

Ramai yang bertanya “Kek Red Velvet itu kek apa?” “Apa rasa kek Red Velvet?” “Sedap ke?”

Merujuk kepada beberapa buku resepi Kek ini berasal dari Waldorf Astoria Hotel, New York, US. Kek ini ada sedikit rasa coklat, lembab dan lembut kerana ia mengandungi sedikit serbuk koko Iaitu kurang 70 peratus coklat berbanding kek coklat biasa. Kek ini digandingan dengan ising “vanilla creamy rich” menaikkan rasa kek ini. Namun versi Selatan US kek ini telah digandingkan dengan ising cream cheese.

Aslinya Kek Red Velvet bewarna coklat kemerahan bukan merah pekat atau merah menyala. Warna merah yang terhasil dikatakan adalah akibat tindakbalas serbuk koko dengan asid (buttermilk dan cuka). Beberapa resepi telah menambahkan pewarna untuk menaikkan warna merah. Namun ada versi menggunakan ubi bit bagi mengantikan warna merah. Melihat Resepi, jumlah pewarna yang digunakan agak menakutkan. Rasa tidak lalu hendak makan.

TETAPI dengan mengunakan serbuk koko yang betul kami hanya memerlukan warna dalam kuantiti yang kecil untuk menaikan warna. Tidak risau sangat bila budak-budak makan.

Apa ada di OnePiece; Kami ada 2 versi Red Velvet.

1. North (Asal) ; Red velvet + Creamy rich cream. RM70 .

Red Velvet

Red Velvet Cake 

Siapa yang pernah makan dia tahu, tetapi adik saya kata ising dia seperti cream cheese. Keseluruhanya semua suka.Kek ini sesuai kepada yang tidak suka cream cheese.

2. South ; Red velvet + Cream cheese. RM80 .
Bagi penggemar cream cheese, inilah pilihanya.

Rasa kek, adalah rasa kek coklat vanilla. Coklatnya tidak terlalu kuat seperti kek coklat serta tidak juga cenderung kepada rasa vanilla.

 

*Akan datang kami akan mencuba kek Red Velvet tanpa menggunakan pewarna, lebih selamat serta lebih sihat. Juga untuk vegetarian.

 

Rujukkan: | wikipedia.

Menu Baru Red Velvet Cake Cupcakes

Tahun baru menjelma, waktu bercuti sudah berakhir. Banyak kerja yang perlu dilakukan tentang produk dan tentang website. Bnayak yang perlu diperbaiki dan diperbaharui. Namun ia agak sukar untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat dengan ada perkara lain yang perlu dilakukan.

Untuk tahun 2011, perkenalkan menu baru Onepiecebakery iaitu Red Velvet, setelah beberapa pelanggan bertanya dan setelah beberapa kali kami cuba membuatnya. Rasanya sedap da digemari oleh pencuba rasa kami.

Apa itu Red Velvet;

Red velvet adalah ‘buttermilk’ kek yang berwarna merah, mengandungi serbuk koko dan pewarna merah. Mahu cuba.. mari tempah dengan kami pada harga istimewa sepanjang bulan Febuari ini.

Kek

K7 – Saiz 7in RM35 RM30 (Saiz 7″ hanya untuk promosi bulan Febuari sahaja)

Red Velvet Cupcake

K9 – Saiz 9in RM70 RM55

Cupcake

Saiz M – RM 55 RM45

Order