bakery news

Awal tahun baru 2014

Awal tahun baru 2014

Post terakhir pada bulan.. (Semak sebentar..) November 2013. Hmmp.. lama juga. Azam mahu buat post setiap minggu terbengkalai juga. Maklumlah hujung tahun..(ayat sedapkan hati ;p) Uruskan budak-budak yang mahu masuk sekolah, acara cuti sana-sini dan projek-projek terbaru. Nak post projek pun tidak sempat. Huh! kaloh menteri boh!

Selain tempahan kek, cupcake dan juga cookies untuk kenduri-kendara. One Piece juga cuba masuk ‘line walk in customer’. Bermula dengan crepe Durian dan geng ke produk kek dan Cheese Meleleh. Jika dahulu pengeluaran produk berdasar tempahan, kini produk perlu buat setiap hari. Kerja sampai tidak cukup kaki tangan. Mana tidak, perkerja sudah dapat majikan baru. Apapun ia permulaan yang baik, alhamdullillah diberi rezeki ilmu, rezeki pendapatan, rezeki pengalaman, rezeki masa dan banyak lagi.

Produk-produk One Piece Bakeri yang berada di Mama One Stop Bakeri;1514968_10151832423882984_565852345_n

1. Crepe: RM10/6biji

  • Crepe Durian (Laku keras) – Kena hentikan sementara, sebab Durian yang berkualiti susah hendak dapat. Ada cuba guna durian biasa, hasilnya produk cepat rosak dan rasa duriannya kurang menyengat.
  • Crepe oreo, strawberi, Blueberry – atas permintaan sahaja.

2. Kek keju meleleh (Melty/ lava cheese cake): RM8

  • Tiramisu -(Laku keras) Kegemaran kami
  • Pandan
  • Vanilla
  • Lemon – Sedap rasa masam-masam lemon.
  • Karamel – (Flavor baru) Sedap
  • Redvelvet – (Laku keras)
  • Coklat beri – (Laku keras) Kesukaan Penulis Blink – Izzanor

3. Kek : RM15/pak

  • Redvelvet dengan krim keju
  • Kek lobak dengan krim keju

 

Untuk dapatkan produk boleh pergi ke Mama One Stop Bakeryand Cafe (GPS : 2.717903, 101.987648) atau SMS ke 013 388 7271 ( Nama, produk,kuantiti dan waktu)

 

Ok.. cukup untuk hari ini. Fikir mahu tulis perkara lain tapi tulis perkara lain pula.. Lain kalilah  ^ . ^

 

Semoga kita dirahmati Allah. Amin

Projek: Kereta Teksi Mercedes

Projek: Kereta Teksi Mercedes

Kek birthday ditempah oleh Shiela bagi pihak kakak ipar untuk ayah mertuanya. Terima kasih Shiela. Kek ini pada asalnya guna topping buttercream kemudian diubah kepada choclate ganache. Dari kanvas berwarna putih, mudah dipadan kepada apa jenis warna kepada warna coklat gelap, mati kutu dibuatnya. Bila tukar tiba-tiba, mentol idea di dalam kepala pop! pecah dan kena cari mentol idea yang baru. Permintaan kali ini kek coklat tanpa telur bersama coklat ganache. Emmphh.. sedap. Sesuai untuk sesiapa yang alergik telur dan berpantang tidak makan telur. Hiasan, Figurine kereta teksi Mercedes.  Hendak buat seketul menggunakan fondant saya tidak suka, siapa mahu makan Ising fondant seketul begitu. Fikir dan fikir, apa kata guna coklat dan balut dengan fondant. Kemudian bercita-cita ambil gambar langkah demi langkah. Namun bila sudah kusyuk.. bye! bye! kamera. Bila sudah selesai separuh, tepuk dahi sajalah. Lupa snap gambar.

Idea asal pelanggan mahu kereta berada atas jalan. Jalan dibentuk nombor 70.  Pening juga fikir bagaimana hendak menterjemah jalan atas dasar yang sedia gelap. Kemudian ada penambahan perkataan ‘HAPPY BIRTHDAY’ pula. Ok. nombor sudah menjadi kecil. Kereta besar sedikit dari jalan, kalau letak betul-betul atas track tidak nampak pula. Mari lihat hasilnya. (sudah habis idea hendak tulis, Adam mahu susu pula dan Sofia mahu pinjam komputer. Hendak buat kerja  katanya)

Nota:

Kek saiz 11 x 11 | 2 mix
Kek coklat tanpa telur, lapis dan frosting coklat ganache.
Dekorasi; Fondant dan dark coklat 200g
Resepi Pai Epal Mini

Resepi Pai Epal Mini

Hujung minggu yang lalu saja-saja buat pai epal. Mengidap Mengidam sudah lama, tapi penyakit M & A( Malas & Alasan) kuat sangat. Pai epal miniEpal hijau sudah 3 kali dibeli dengan semangat mahu membuat epal hijau. Setiap kali ke kedai, nampak sahaja epal hijau yang posing baik di rak, cintapun mula berputik, jiwa penuh semangat hendak membuat pai epal. Pengakhiran hayat si epal hijau selamat ke dalam perut anak-anak. Alhamdullillah mereka suka jika tidak, masuk dalam perut Cik Tong Sam Pah.Membazir pula.

Pai epal saya buat menggunakan aluminium cup untuk muffin. Senang hendak diurus kalau tidak habis, boleh simpan dalam keadaan cantik. Kalau guna loyang pai, bila hendak makan kena potong-potong. Kalau mahu simpan, hendak makan semula sudah kurang selera. Lagipun saya tidak pasti isi rumah ini suka atau tidak pai epal.

Kelemahan buat mini pula, kena buat banyak berbanding sekali kerja. Untuk resepi ini saya kena buat 9 unit. Terkial-kial juga.

 

Ini resepinya… Happy pai Epal.

A. Inti Epal.

                                      8 biji epal serdahana besar, kupas dan hiris 1cm tebal.                         (Jika membuat saiz pai kecil, epal perlu dipotong kecil-kecil, kiub 1cm supaya cepat masak)
50g gula
50g gula perang
1 sudu besar jus limau (saya guna limau kasturi)
½ sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil garam
15g tepung jagung
30g mentega

Cara membuat inti;

  1. Epal digaul bersama gula, gula perang, jus limau, serbuk kayu manis dan garam. Perap selama 1 jam. (Sementara itu, saya buat kulinya)
  2. Toskan epal dan ambil jusnya sebanyak 120ml.
  3. Jus dimasak bersama mentega sehingga jus berkurangan dan keperangan.
  4. Epal yang telah ditos digaul bersama tepung jagung.
  5. Tuang jus kedalam epal dan gaul sebati.

B. Kulit

350 g Tepung gandum
30 g Gula
225 g Mentega atau marjerin sejuk dan potong 1 inci.
60 – 120 ml Air sejuk

Cara membuat kulit;

Scrap doh

Scrap doh

1.Satukan gula dan tepung.
2.Masukan mentega dan potong-potong guna doh scrap. Lakukan sehingga tepung seperti butiran atau seperti serdak biskut.
3.Masukan air 60ml dahulu dan tambah bila perlu sehingga adunan bersatu bila dipicit.
4.Bebolakan adunan dan bahagi. Bentukkan seperti syiling dan bungkus dengan plastik dan rehatkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 20minit.

C. Memasak Pai Epal

1. Panaskan oven.
2. Canai doh yang sedang berehat di dalam peti sejuk. Diameter sama dengan ukuran loyang pai. 2 sisi + diameter lantai loyang. (Saya dapat 9biji pai epal mini dengan menggunakan aluminium cawan saiz 11.)
3. Potongkan juga adunan untuk penutup pai . (Kalau rajin menganyam sila-silalah menganyam. )
4. Angkat doh yang sudah diacu dan letak ke dalam acuan, kemaskan tepi-tepi agar lekat pada dinding loyang.
5. Letak inti epal penuh-penuh. Tutup dengan adunan yang sudah dicanai. Gunting bahagian lebihan dan tekan bahagian tepi dengan menggunakan garpu.
6. Toreh penutup pai untuk melepaskan wap panas ketika proses membakar.
7. Bakar 220 darjah celsius. Hingga keperangan dan jus  mulai meleleh. Lebih kurang 45 -55 minit. (untuk saiz mini, lebih kurang 30 – 40 minit)
8. Sejukan hingga suam-suam sebelum dimakan.

P1240307

Sedap makan suam-suam kerana kulitnya masih garing dan rapuh.

 

Nota:

1. Epal pai bertambah enak apabila dimakan bersama ais-krim vanila.
2. Boleh disejukbeku. Bila hendak makan, keluarkan dan bakar ke dalam oven 45minit atau hingga masak.

Fresh cream, topping cream?

Walaupun sudah lebih dari 5 tahun menceburi dalam bidang membuat kek dan dessert saya masih keliru tentang krim.Maka saya membuat sedikit kajian dan berkongsi kefahaman saya. Namun jika ada yang tidak betul dan kurang tepat saya amat berterima kasih jika sudi memperbetulkan saya.

Contoh krim putar bukan tenusu (non diary whipped cream)

Dalam industri bakers di Malaysia saya selalu melihat mereka claim menggunakan ‘fresh cream’ . Bila saya pergi kelas bakers ini ‘Fresh cream’ yang dimaksudkan adalah ‘Kek dan dessert topping’ (whipped topping) atau krim putar bukan tenusu (Non-dairy whipping cream). Jenama yang terdapat di pasaran adalah Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

Apa itu krim putar?

Krim putar adalah krim yang diputar atau dipukul sehingga gebu dan ringgan. Di pasaran terdapat 2 jenis krim putar. Krim putar bukan tenusu dan krim putar tenusu.

Apa itu krim putar bukan tenusu (Non dairy whipped cream / Whipped  toping)?

Krim putar bukan tenusu dicipta khas bagi kegunaan untuk meliputi dan menghiaskan. Krim putar ini lebih stabil dan tahan jika berbanding dengan krim putar tenusu. Malah krim ini lebih sedap berbanding krim mentega yang digunakan untuk menghias kek. Krim ini berwarna putih, ringan dan mudah digunakan. Hanya masuk dalam mangkuk dan putar pada kelajuan serdahana. Selain berwarna putih terdapat juga yang berperisa seperti coklat, perisa lain setakat ini saya tidak ketemui lagi. Namun begitu krim putar boleh ditambah perisa dan pewarna seperti yang kita kehendaki. Kandungan, diperbuat daripada lemak sayuran atau kelapa sawit atau soya, pemanis, perasa dan penstabil. Walaupun rupa seperti susu tetapi ia bukan susu.

 

Krim Putar tenusu (UHT whipped cream)

Krim putar tenusu adalah krim yang mengandungi 30% atau lebih lemak mentega. Apabila diputar dal

Contoh krim putar Tenusu (Dairy whipped cream)

am keadaan sejuk ia memerangkap udara dan menjadikan ia 2 kaliganda volume asal. Namun apabila ia terlebih pukul ia menjadi 2 bahagian, mentega (mentega tulen tanpa garam) dan ‘buttermilk’.  Krim putar tenusu sukar diuruskan dan tidak sesuai untuk menghiaskan. Sebaik sahaja siap diputar ia perlu terus dihidangkan sebelum ia kelihatan kembali mencair. Krim putar tenusu ini sering digunakan di dalam

masakan, dessert, chocolate ganache, puding dan lain-lain.

Cara memutarnya adalah dengan memutarkan krim dengan menggunakan peralatan yang telah disejukan. Krim tersebut juga perlu benar-benar sejuk. Perlu ditambah gula ising, kebiasaanya krim ini tawar.

Lain-lain;

‘Light whipping cream’ – 30% -36% butterfat

‘Heavy whipping cream’ – 36% butterfat dan lebih.

Jenama: Emborg, Payson Breton, Anchor, Presidents

 

Di mana ‘Fresh Cream’?

Crème fraîche (French) sebutan ‘cream Fresh’/’Fresh Cream’ adalah krim masam ( tetapi kurang masam berbanding Sour cream) mengandungi 28% butterfat dengan pH dalam lingkungan 4.5. Krim ini dimasamkan dengan bakteria kultur.

Kegunaan:; Topping yang sedap untuk pavlova, buah segar, pai, tart dan puding. Krim ini juga boleh diputar dan dimaniskan dengan sedikit gula atau madu dan dimakan bersama kek atau dessert. Rasanya begitu lemak dan berkrim sangat hebat digandingkan dengan makanan yang manis dan masam.

Selain itu ‘Fresh cream’ ini juga sering digunakan untuk masakan memekatkan sos atau menambah rasa lemak pada masakan.

Oh.. Inilah dia sebenarnya Puan ‘Fresh cream’.

Dimana boleh jumpa?

Selalunya ada di Pasaraya besar. Pasaraya taman dan kedai runcit selalunya tiada.

 

Rujukan:

Wikipidia

http://www.joyofbaking.com/CremeFraiche.html

Dan lain-lain. (Sudah hilang linknya pula)

 

 

 

 

Black Forest

Black Forest

Strawberry-Black Cherry Sorbet

Gambar dari http://www.cookingninja.com

Siapa suka kek Black Forest? Angkat tangan.

Secara asasnya Black Forest adalah beberapa lapisan kek sponge coklat (kebiasaanya 3 lapis) dengan ceri hitam dan krim putar. Kek difros dengan krim putar serta dihias dengan ceri merah serta parutan coklat.

Asal usul kek ini datang dari  satu kawasan bernama Black Forest atau dalam bahasa German Schwarzwald pada tahun 1915. Kawasan Black Forest merupakan tempat pengeluaran arak berasaskan ceri. Versi asal kek ini adalah kombinasi ceri yang dimasak, kek coklat, krim dan arak ceri.

Nama lain bagi kek Black Forest : Black Forest gâteau : Schwarzwälder Kirschtorte : Black Forest cherry torte.

 

Rasa, Gabungan rasa coklat yang lemak berkrim bersama masam-masam manis buah ceri. Sedaaap!

Siapa mahu Black Forest boleh order dari kami boleh SMS ke 013 388 7271   

Kek Black Forest- 9 in dia. : RM70  RM60

Kek cawan Black Forest – 2.5in dia. atas : RM70 RM55

 

** Harga tertera sah sehingga Januari 2013.

Just Married

Just Married

Syawal 2012, meriah dengan makanan. Jemputan sana sini.

Selain jemputan rumah terbuka Syawal, jemputan majlis perkahwinan

juga turut serta. Sibuk tidak sibuk.. sibuk jugalah kami. 😉

Jom cuci mata dengan kek perkahwinan.

 

P1200143

P1200136

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Customer: Khairunisa
Saiz kek: 6″ | 8″ | 10″
Kek : Strawberry Shortcake
Ising : Krim putar
Bunga: Sugar paste (ready made) + Buttercream
Top : Patung pengantin Porselin

Kek cawan 16pcs : Kek cawan Beri campuran. (Hidangan di meja makan pengantin)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P1200104

Customer: Shila
Saiz kek: 6″ | M-19 | 10″
Kek : Atas – Butter cheese Strawberry, Bawah – Chocolate moist
Kek cawan: Vanilla
Ising : Buttercream
Bunga: Sugar paste (ready made) + Sugar paste (handmade)
Top : Bendera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

P1200067

Customer:
Saiz kek: M-7 | 8″ | 10″
Kek : Chocolate moist
Kek cawan: Chocolate
Ising : Buttercream
Bunga: Sugar paste (ready made) + Air brush

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Marhaban ya Ramadhan

Bismillah. Waktu berlalu dengan pantas, kalau mahu mengejar tidak bernafas rasanya. Biskut raya? Hingga sekarang masih tidak dilancarkan. ya saya tahu.

Dikala minggu persiapan akhir untuk melancarkan produk Biskut Raya 2012, Ayah mertua tiba-tiba muntah darah dan dimasukkan ke Hospital. Melihat kondisinya, ia akan mengambil masa yang lama. Mohon didoakan agar cepat sembuh. Walaupun contoh biskut sudah siap dibungkus, gambar sudah siap untuk dimuat turunkan, kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tempahan biskut raya. Takut sebarang kemunkinan yang menyukarkan kami untuk menunaikan janji.

Pembatalan tempahan di saat-saat akhir, amat tidak indah. Apatah lagi ia untuk menyambut hari bahagia. Untungnya kami belum lagi membeli stok mentah untuk membuat biskut raya.Alhamdullillah. Memang kebiasaan kami akan membeli stok setelah menerima tempahan, supaya kami tahu jumlah barang yang perlu di beli. Tujuannya supaya kami tidak menyimpan stok lama, kecuali barang yang tidak rosak seperti bekas biskut.

NAMUN.. Sebagai ganti, OnePieceBakery masih mengeluarkan produk untuk bulan Ramadhan ini, Iaitu MANISAN RAMADHAN.    Manisan Ramadhan adalah “dessert ” untuk berbuka puasa. Menggunakan bahan gred A dan terpilih,  seperti mentega tulin, Susu full krim, krim tenusu dan lain-lain. Insyaallah bersih dan Halal.

Produk yang di perkenalkan adalah Om Ali, Trifle, Puding Roti, Cheese temptation.

Om Ali

 

Om Ali

Om Ali bermaksud ” Ibu Ali “. Resepi Puding roti berasal dari negara Arab. Rasanya sedap lemak dan berkrim, kerana mengandungi susu

serta krim tenusu segar. Mengandungi campuran kekacang yang dicincang seperti Hazel, Badam dan Pistachio. Turut mengandungi Kismis. nyum!.

 

Butter bread Pudding

Puding Roti

Puding Roti ini lain dari yang biasa, Sedap dimakan begitu sahaja. Bertambah sedap dengan sos Vanilla. Mahu kelainan? Cuba sos Butterscocth. Tidak boleh menolak untuk suapan ke dua.

 

 

 

 

Trifle Lemon Blueberry

Trifle

Trifle ini dibuat dari kek sponge buatan sendiri, bukan premix dan juga bukan beli dipasaraya.

Pastri krim diperbuat dari susu dan telur segar dari ladang. eh! tidaklah. Susu dalam kotak dan telur segar dari kedai. Ada 4 perisa: Lemon Blueberry, Strawberry, Peach dan Tutti Fruiti.

 

 

 

Cheese Temptation - Besar

Cheese Temptation

Kepada peminat krim cheese.( ^ v ^ ).  Terdapat 3 perisa untuk dipilih, Strawberry, Blueberry dan Oreos. Sunguh kaya, lemak dan sedap. Wallah!

 

 

 

 

 

Tempahan dibuka sepanjang bulan Ramadhan tanpa minimum order, satu unit pun boleh. Digalakan ambil sendiri di Paroi Jaya, Seremban. (Dekat sahaja dari bazar Ramadhan Stadium Paroi Jaya). Penghantaran juga dibuat bergantung kepada kesesuian masa dan keadaan.

Untuk tempahan boleh SMS ke 013 – 388 7271. Jika tidak sempat membuat tempahan, boleh bertanya menu yang sedia ada. Sms dahulu sebelum datang. Jika mahu lebih dari 2 unit, sila buat tempahan dahulu.

Harga  Klik disini

 

 

Kek Pelangi 2

Setelah menjelajah dari kedai-kedai, akhirnya berjaya juga mengumpulkan bahan-bahannya. Apa yang susahnya adalah untuk mendapatkan Blueberry dan Ubi bit. Bukan semua kedai ada, jika kedai tersebut biasa menjualnya, masa hendak habis pula. Perkara biasa berlaku.

Langkah seterusnya adalah mendapatkan warna dari bahan-bahan tadi. Ekstrak jusnya – saya pakai blender biasa, jadi perlu tambahkan sedikit air. (masa inilah terfikir mahu membeli pengekstrak jus – jus yang terhasil lebih pekat dan tulin)

Ke 3: Bancuh adunan kek seperti biasa. Kek Buttermilk ( kek ini guna putih telur sahaja).

Ke 4: Bahagikan adunan ke dalam 6 bekas. Tambah jus setiap satu untuk setiap adunan.  Lebih kurang 1 – 2 sudu besar (sudu sukatan ya, bukan sudu makan)

Ke 5: masuk kedalam acuan dan bakar seperti biasa.

Ke 6: Lapiskan dan fros kek dengan krim cheese.

Ke 7: Taddaa..;

Setelah siap dibakar

 

Hasil:

Warna:-

1. Warna kelihatan terlalu pucat.

2. Warna biru menjadi warna Turquise.

3. Warna Merah, hilang merahnya.

Kek pelangi sedia untuk dimakan

4.Warna purple – blueberry , menjadi biru lebam.

 

Rasa:

Sedap, Seperti makan cheese cake. Tiada rasa sayur-sayuran walau sedikit pun.

 

Kesimpulan:

Perlu buat semula dengan menambah jumlah asid untuk mengekal pigmen warna, terutama warna ubi bit, blueberry serta bunga telang.

 

 

Kek Pelangi 1

Akhir-akhir ini ada beberapa pelanggan yang bertanya tentang kek pelangi. Kek pelangi rupanya seperti pelangi, bukan hiasan tetapi keknya. Apabila dipotong ianya berbelang seperti pelangi. CANTIK tetapi penuh dengan bahan kimia – pewarna. Apabila makanan terlalu banyak pewarna saya keberatan hendak makan. Apabila saya tidak makan maka saya amat berat untuk menjualnya. Saya ada 3 orang anak di rumah dan mereka pasti meminta apa yang saya masak. Apatah lagi yang menarik pandangan mata mereka.

http://www.marthastewart.com/sites/files/marthastewart.com/images/content/tv/martha_stewart_show/show_photos/5101_5200/5140_042010_rainbow_cake_l.jpg

Sumber: www.marthastewart.com

Buttercream kami penuh perwarna. Ya.. dekorasi yang dibuat dicampurkan dengan pewarna makanan. Ia di atas kek dalam kuantiti sedikit dan saya tidak fikir mereka makan buttercream. Munkin suatu hari nanti saya akan menggunakan pewarna asli untuk dekorasi jika ada yang sanggup menerima warna krim yang pastel dan pudar.

Selepas mengembara dari Blog ke blog. Saya menemui kaedah menghasilkan warna asli dari tumbuhan. Tetapi isunya, jika untuk frosting tidak menjadi masalah bagaimana pula jika ia dibakar. Adakah ia akan bertukar warna. Sebelum ini saya pernah membuat kek dengan menggunakan Ubi bit, tetapi kek bertukar menjadi coklat pucat. Munkin Ubi bit terlalu sedikit atau kadar asid tidak mencukupi untuk mengekalkan warnanya. Doakan usaha ini berjaya, mendapatkan kek pelangi yang sedap serta selamat dimakan.

 

 

Senarai Warna dan sumber.

Kuning : kuning telur , Safron ,Kunyit

Oren : Lobak merah ,

Biru : Bunga telang , Kubis merah ( + soda = Biru)

Ungu : Bluberry, Kubis merah (+ asid)

Hijau: Bayam, Sprirulina, clorofil, Daun pandan.

Merah: Ubi bit , buah naga

Pertama: Apa yang perlu dibuat adalah cari bahannya dahulu. (^ – ^ )

 

Bahan yang saya guna untuk kajian ini adalah,

Kuning : kuning telur  ( Sedia ada)

Oren : Lobak merah  (Beli )

Biru : Bunga telang (sedia ada di rumah)

Ungu : Bluberry (Beli )

Hijau: Bayam (Sedia ada) – Pandan boleh digunakan, tetapi baunya agak kuat akan memberi kesan kepada rasa kek.

Merah: Ubi bit

Lobak merah

Bunga Telang or Blue Pea Flower [ Clitoria Flower ] - Nonya Cooking Ingredient was created to share with friends, relatives and those who interested in nonya cooking receipes.

Bunga Telang

Ubi Bit

Buah Blueberry

Imej sumber: http://www.organicmart.com.my – Lobak merah http://reviews.in.88db.com – ubi Bit http://www.enoriverfarmersmarket.com – Buah blueberry http://nonya-cooking.webs-sg.com/bunga_telang.html

Apa itu.. Kek Red Velvet

Apa itu.. Kek Red Velvet

Sejak musim kek Red Velvet memikat hati masyarakat malaysia. Ada yang tertarik untuk

merasa, ada yang sekadar berkata ” wah! cantik” tetapi tidak sanggup hendak memakanya, kerana warnanya merah dan kontra dengan isingnya.

Ramai yang bertanya “Kek Red Velvet itu kek apa?” “Apa rasa kek Red Velvet?” “Sedap ke?”

Merujuk kepada beberapa buku resepi Kek ini berasal dari Waldorf Astoria Hotel, New York, US. Kek ini ada sedikit rasa coklat, lembab dan lembut kerana ia mengandungi sedikit serbuk koko Iaitu kurang 70 peratus coklat berbanding kek coklat biasa. Kek ini digandingan dengan ising “vanilla creamy rich” menaikkan rasa kek ini. Namun versi Selatan US kek ini telah digandingkan dengan ising cream cheese.

Aslinya Kek Red Velvet bewarna coklat kemerahan bukan merah pekat atau merah menyala. Warna merah yang terhasil dikatakan adalah akibat tindakbalas serbuk koko dengan asid (buttermilk dan cuka). Beberapa resepi telah menambahkan pewarna untuk menaikkan warna merah. Namun ada versi menggunakan ubi bit bagi mengantikan warna merah. Melihat Resepi, jumlah pewarna yang digunakan agak menakutkan. Rasa tidak lalu hendak makan.

TETAPI dengan mengunakan serbuk koko yang betul kami hanya memerlukan warna dalam kuantiti yang kecil untuk menaikan warna. Tidak risau sangat bila budak-budak makan.

Apa ada di OnePiece; Kami ada 2 versi Red Velvet.

1. North (Asal) ; Red velvet + Creamy rich cream. RM70 .

Red Velvet

Red Velvet Cake 

Siapa yang pernah makan dia tahu, tetapi adik saya kata ising dia seperti cream cheese. Keseluruhanya semua suka.Kek ini sesuai kepada yang tidak suka cream cheese.

2. South ; Red velvet + Cream cheese. RM80 .
Bagi penggemar cream cheese, inilah pilihanya.

Rasa kek, adalah rasa kek coklat vanilla. Coklatnya tidak terlalu kuat seperti kek coklat serta tidak juga cenderung kepada rasa vanilla.

 

*Akan datang kami akan mencuba kek Red Velvet tanpa menggunakan pewarna, lebih selamat serta lebih sihat. Juga untuk vegetarian.

 

Rujukkan: | wikipedia.