Resepi

Resepi: Congo Bar / Blondies

Resepi: Congo Bar / Blondies

Congo Bar. Apa itu? Baru perasan  apa sebutan sebenarnya. Selalu menyebut ‘kong -go’. Adakah ia berbunyi ‘ko – ngo’. P1240398Hmpp..

Congo Bar ini seperti seperti brownies. Selalu brownies guna coklat sebagai bahan perisa utama, manakala Congo bar gula perang dan mentega. Rasanya seperti caramel. Manis, chewy, lemak, wangi. Tekstur seperti kukies coklat cip lembut. Bahan penambah kesedapan congo bar ini ikut sukahati. kacang walnut, kacang pecan, kelapa, Coklat M & M. Tapi bahan wajibnya coklat chip.

Selain dikenali sebgai congo bar ia juga dipanggil sebagai Blondies. Entahlah ia ke tidak. Nanti kita cuba.

Kenapa panggil ‘bar’? Sebab ia dipotong seperti bar, empat segi panjang tu.

Sedap ke? Kesedapan Congo bar ini bergantung bahan yang digunakan. Oleh kerana bahan utamanya gula perang dan mentega, carilah yang terbaik. Harum satu rumah. Guna mentega tulin bukan marjerin atau mentega campuran nanti kesedapanya kurang.

Mari layan resepinya..

Congo Bar  – 10 x 10 inci
335g  Tepung gandum
2.5 tsp Serbuk penaik
1/2 tsp garam

150g Mentega
400g Gula perang

3biji telur (A)
1 tsp vanila

330g cip coklat
130g kacang pecan

Cara-cara;
1. Panaskan oven 180 darjah selsius. Alas loyang 10 x 10 inci.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Letak tepi.
3. Putar mentega dan gula hingga sebati.
4. Masuk telur satu persatu dan vanila. putar sebati.
5. Campurkan tepung. Putar hingga sekata.
6. Gaulkan kacang pekan dan cip coklat.
7. Masuk dalam loyang, ratakan dan bakar. 30 minit.
8. Keluarkan dari loyang, biarkan 5 minit dan potong.
P1240384

Saya letak Oreo.

 P1240396

Congo Bar

 

Selamat makan.

Resepi: Roti Naik

Resepi: Roti Naik

Sudah lama tidak membuat roti. Terasa mahu makan roti pula. Asyik makan kek pun jemu juga. Tekak mahu sesuatu yang lembut dan manis. Tidak mahu roti kormesil, ada perasaan malas untuk membentuk atau mengintikan roti. Lain kali kita buat.

Pada suatu masa, (macam mahu bercerita kisah dogeng pula.. :p) di Facebook sana sini naik kisah roti naik.

Jemput makan.

Entah apa yang naik saya tidak tahu. Ia roti kosong sahaja, di bakar dalam loyang dan berbentuk seperti susunan bunga. Ketika google-google terjumpa blog http://aziejaya.blogspot.com. Ada resepi Roti naik Pahang. Versi Pahang agaknya, sebab itu namanya begitu dan munkin ada versi lain agaknya. Ada siapa tahu?

Roti ini saya buat dua kali. Kali pertama bakar guna 2 loyang. saiz 8 inci dan 6 inci. Saiz 8 tidak masak di tengah. Munkin kerana terlalu padat dan membakar tidak cukup lama. Oleh itu kena bakar semula. Namun ban yang di tengah sudah tidak seronok untuk dimakan. Mujur ia kelopak bualt-bulat. Kelopak yang tidak masak di tarik buang. Rasa membazir juga walaupun satu biji.

Kali kedua, buat bentuk ban manis dan mufin. Senang untuk dimakan. Makan satu-satu. Yang lain masih cantik tidak rabak kalau tidak habis.

Resepi Roti Naik;

1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis + air = 200ml
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar + 1 sudu kecil majerin
500 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
Cara cara:

  1. Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih. ( Kalau tidak berbuih, tandanya yis sudah mati.)
  2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
  3.  Masukkan bahan bahan cecair iaitu air susu dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata hingga menjadi doh. (Tepung sudah tidak melekat-lekat di dinding mangkuk)
  4. Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sehingga lembut dan elastik. Tutup dengan tuala basah atau masuk ke dalam plastik dan biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya. Doh sudah cukup kembang apabila kita cucuk/ tekan dengan jari ia tidak melantun kembali dan berbekas.
  5. Bahagikan kepada beberapa biji…(maaf saya tidak kira.) Saya timbang 50gram setiap biji. kemudian susun ke dalam loyang yang sudah di minyak.
  6. Biarkan seketika sehingga doh naik 2kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 20minit.
  7. Apabila selesai membakar, keluarkan dan sapu dengan mentega.

 

Kronologi:

Bancuh — Uli hingga elastik (5 – 10minit) — Rehat (25minit – 1jam)  —  Bentukkan  —  Rehat (30minit) — Bakar (20minit)

 

Selesai bakar sapu dengan mentega.

Edisi 1, bentuk asli Roti naik.

P1240368

Edisi ke 2

P1240370

Edisi ke 2, bentuk muffin.

Untuk bentuk seperti muffin, doh diletak ke dalam acuan muffin.  Bentuk ban, hanya susun ke atas dulang pembakar.

CSI;

Mudah: Mudah jika ada mesin pengadun. Kalau guna tangan akan mengambil masa lebih panjang.

Rasa: lemak, manis

Tektur: lembut dan gebu. Kulinya garing ketika masih panas.

Rupa: Tiada rupa istimewa namun warnanya yang perang dan berkilat sudah cukup menyelerakan.

Pro: Tidak perlu dibentuk, makan begitu sahaja sudap cukup sedap.

Kon: Proses yang meleret untuk dapat makan Roti.

Adakah saya mahu buat lagi: Ya

Resepi: Black Forest Butter Cake

Resepi: Black Forest Butter Cake

Masa untuk minum Teh!

Masa zaman remaja dahulu, waktu minum petang adalah waktu yang paling menyeronokan.  Minum panas-panas bersama kuih-muih yang bonda masak. Cucur bilis, kek, jeput pisang,apam atau paling ringkas biskut tawar. Tidak ingat apa yang selalu diperbualkan, tapi saya masih rasa ia situasi yang seronok.

Petang ini buka peti sejuk tiada apa yang boleh dikudap-kudap. Tiada kek, tiada biskut, tiada roti. Semua sudah habis. Bila masa lapar, minat untuk membuka buku resepi berkobar-kobar. Kalau buka dan kek boleh diambil dari gambarnya alangkah indah. :p

Oh! Black Forest Butter Cake, menarik juga. kebetulan ada baki inti cherry hitam di dalam peti sejuk. Apa lagi, layaann….

P1230055

Resepi;

2oog  mentega
200g gula halus
4 biji telur
200g tepung
1/2 tsp baking powder
250g inti ceri pai (Resepi asal 425g/ 1 tin ceri hitam kemudian ditos)

80g coklat (saya guna coklat gelap)
40ml susu
1 tbsp serbuk koko
1/8 tsp soda bikarbonat.

Caranya;
1.Panaskan oven 170 darjah celsius.
2. Minyakan loyang 9 inci bulat atau 8inci segi empat.
3. Pukul mentega sehingga ringan dan cerah.
4. Tambah telur sebiji telur, putar dan ulang kembali sehingga telur habis.
5. Kaup balik tepung yang telah diayak dengan baking powder sehingga sekata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.
6. Cairkan coklat bersama susu dan serbuk coklat.
7. Bancuhan coklat dikaup balik bersama satu bahagian adunan dan soda bikarbonat.
8. Sebahagian lagi, masuk ke dalam loyang yang sudah siap diminyak. Sudukan inti ceri secara rawak di atasnya.
10. Tuang adunan coklat ke atasnya.
11. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak. (Bila cucuk dengan lidi, tiada kesen melekit).
12. Sejukan 15 minit sebelum dikeluarkan.

 

 

Nota: Resepi dari buku I Love Butter Cake – Kevin Chai