Tip: Telur

Bagaimana mahu tahu telur itu segar atau tidak?

1. Ambil sebekas air, letak telur di dalamya.

  • Jika telur itu jatuh laju dan tenggelam = Segar
  • Jika telur itu turun lambat dan terapung = Tidak segar (semakin tinggi ia terapung, semakin tidak berkualiti telur itu.)

2. Goncang telur.

  • Jika ia berbunyi seperti ada cecair  = Tidak segar

3. Pecah telur.

  • Telur segar – Putih telurnya pekat dan kental, kuning telurnya bulat cantik.
  • Telur tidak segar – Putih telur cair seperti air, Kuning telur mudah pecah dan kadangkala ia melekat kepada kulit bahagian dalam.

 

Telur segar

Untuk menghasilkan kek yang cantik naiknya serta sedap rasanya, pilih telur yang segar. 🙂