Wedding cake

Bagaimana memilih kek perkahwinan

Sejak kebelakangan ini, adalah tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan atau juga dikenali sebagai kenduri kahwin tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu atucara majlis. Tidak kira dimana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.

Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat tetapi kek perkahwina juga memainkan perana penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Memilih kek perkahwinan juga memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian i tercapai. Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat.

Bila waktu menempah kek perkahwinan?

Kek perkahwinan perlu ditempah seawal munkin, Jika tarikh majlis bersamaan dengan cuti sekolah atau cuti umum tempahan hendaklah dibuat 2 – 3 bulan awal kerana kebiasaanya kadar yang menempah kek pada tarikh tersebut adalah tinggi, takut nanti tempahan ditolak kerana penuh.


Langkah pertama.

Sebelum memilih atau menempah kek perkahwinan, tanya diri terlebih dahulu ;

  1. Berapa bajet?

  2. Berapa ramai akan dijamu?

Mengetahui fakta tersebut kita akan tahu rupa kek yang sesuai dengan majlis dan poket. Bukan sekadar hendak menjadi ‘wedding of the year’ cuma tidak mahu membazir.

Faktor yang perlu diambil kira bila memilih kek kahwin.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian didalam memilih Kek perkahwinan iaitu bentuk, saiz, warna, Rasa dan hiasan

  1. Rekabentuk – Contoh-contoh kek perkahwinan boleh didapati dari majalah-majalah, buku atau website kek yang diminatii dan bersesuaian. Bawa atau pilih gambar untuk dibawa kepada pembuat kek bagi sebut harga dan pandangan. Jika ada rekabentuk sendiri, berbincang dan jelaskan kepada pereka kek yang bagaimana dikendaki.

  2. Saiz – pemilihan saiz adalah bergantung kepada jumlah individu yang hendak dijamu.

  3. Warna– Kebiasaanya warna kek mengikut warna tema sesebuah majlis, namun tidak menjadi kesalahan jika memilih warna yang kontras dari warna tema.

  4. Rasa – Pastilah mahu kek yang sedap, jika tidak pasti sedap atau tidak boleh dapatkan pandangan rakan atau kenalan yang pernah menikmati kek di kedai pilihan atau boleh beli untuk cubaan.

  5. Ising – Ising adalah bahan luar yang membaluti kek. terdapat pelbagai jenis icing yang terdiri daripada Buttercream, Royal icing, Fondant dan Marzipan. Setiap ising mempunyai kelebihan dan kekuranganya jadi pemilihan hendaklah bersesuaian dengan majlis itu sendiri disamping itujenis-jenis ising ini turut mempengaruhi harga kek. Buttercream merupakan pilihan yang paling popular kerana harganya yang agak rendah manakala harga bagi fondant adalah lebih tinggi. Namun dikala ini ramai pasangan suka memilih kek fondant kerana rupanya yang lebih elegant dan dapat digubah dalam perbagai bentuk.

CODE: WCB F01 CODE: WCC B01 Code: WSF 03

Wedding cake @ kek kahwin diambang 2010

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2010 dan dah berbulan lamanya blog ini berhenti, ramai yang tertanya-tanya hasil kerja terbaru. Bila terhenti aktiviti mengupdate seolah-olah tiada aktiviti di One Piece Bakery, bukan berhenti/ tutup kedai cuma terlalu kurang masa untuk mengupdate cerita disini. Minta maaf pada yang tertunggu-tunggu.Menjelang Raya Aidiladha 2009 yang lalu, One Piece Bakery tak putus-putus menerima tempahan untuk hantaran dan majlis perkahwinan diikuti dengan tempahan untuk hari lahir.. Alhamdullilah, syukur.

Beberapa gambar tempahan kahwin di penghujung 2009 tetapi sebelum itu,Cupcake untuk En. Mohd Rizwadie di Seremban2 daripada Cik Nik Rabihah di Kuantan sempena Tahun 2010. Cupcake coklat size M25, Tema – merah, putih dan hitam.Maaf ya Cik Nik Rabihah lambat post gambar ni.

Nik Rabihan to Mod Rizwadie

Nik Rabihan to Mod Rizwadie

……………………………………………………..

CODE: WSB 01

Pn.Zuwaidah

Wedding Cake:  PN. Zuwaidah untuk anak saudara beliau. Coklat cake, size 11″ – 7″  square dan tinggi dalam 6″. Tema color Terima kasih Pn. Zuwaidah atas tempahan dan cadangan tempoh hari.

……………………………………………………..

CODE: WCC B05

Pn. Khairuni

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Tower Cupcake: Order dari Pn.Runi bagi pihak bosnya, majlis bertempat di Dewan Sentul. Top cake saiz 6″ dan cupcake size Large 100pcs.

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Sweet design

Erra fazira

AJL2009

Siti Nurhaliza

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Sweet design

Erra fazira

AJL2009

Siti Nurhaliza

……………………………………………………

CODE: WCF 03

Wedding Pn.Emi Safwani & En.Khairul Azhari

CODE: WCF 03

CODE: WCF 03

Kek ini ditempah oleh Pn. Ida Suriani bagi pihak adiknya Pn. Imi Safwani, majlis berlokasi di Bangi Golf Resort. Kek coklat dan Kek lobak (atas) bersaiz 12″- 9″ – 6″. Hiasan Fondant.

wedding cake

wedding cupcake

Cupcake tower

Sweet design

……………………………………………………

wedding-cake-3st-3

Pn.Diana

wedding cupcake

Cupc

Kek Kahwin untuk Pn. Diana yang berlangsung di Jelebu. Kek Chocolate bersaiz 11″- 7″ – 4″ di     hias menggunakan Fondant serta royal ising.


Untuk gambar -gambar lain klik disini.