Masa untuk membakar Biskut Raya .

Harum baunya membuat perut minta diisi. Kalau tidak puasa sudah lama biskut-biskut ini kena ‘ngap-ngap-ngap’.

Sekarang minggu ke -2 kita berpuasa. Tempahan secara rasminya ditutup hari ini. Tiada lagi tambahan-tambahan order ya..(selepas tarikh tutup masih ramai lagi yang menempah dan menambah order. Terima kasih semua (^v^). ) Pada sesiapa yang tidak berkesempatan, jika ada x-tra kami akan war-warkan. Kepada sesiapa yang sudah membuat tempahan, pembayaran hendaklah dijelaskan sesegera munkin ya… supaya mudah kami menguruskan kerja-kerja penghantaran yang akan bermula minggu depan dengan jayanya. Yeah!!. Terima Kasih.

Mari menyambung kerja….Tepung sudah diayak, pengadun sudah bersedia… arghh.. ada satu lagi barang tidak cukup.Huhuhu… kedai pula tidak buka. Miss.. sasaran hari ini. Harap-harap boleh dikejar lagi jika tidak kena buat kerja overtime..huaaa.
(misi tahun ini:- Tiada lagi ‘stayback’)

Buat kerja lain dululah….

Selamat Berbuka..

(menu apa ya hari ini.. alamak pakcik sudah keluar beli barang..” pakcik ayam dan daun pandan!!” )