Biskut Raya Oh! Kuih Raya…

Biskut raya atau Kuih raya adalah benda yang sama. Kudapan yang disediakan untuk tetamu yang bertandang dalam bulan syawal. Jadi Kuih atau biskut ni hanya wujud pada musim hari raya, tak kira la .. raya Aidilfitri ke, Raya cina ke atau Raya deppavali. Ia dah jadi barangan wajib ada di setiap rumah dalam meyambut hari raya.

Wajib ke? Tak la.. tapi kurang berseri hari raya tanpa biskut raya ni, Kalau tetamu datang kerumah takkan nak bagi air je..kan, mesti ada kudapan dan takkan kita nak sediakan ketupat rendang atau memasak setiap hari sepanjang bulan syawal. Jadi.. biskut atau kuih raya lah penyelamatnya. Perut pun tak senak.. kalau tiap rumah asyik kena jamah makanan berat.oat-cookies

Tak semestinya hari raya .. kalau suka bila-bila boleh makan biskut ni sebagai kudapan minum petang. walaupun kenkadang nampak janggal. “eh! ada biskut raya?” padahal biskut tu bukan la untuk hari raya sahaja.

Jika dulu, masuk minggu ke 3 ramadhan, setiap rumah berbau wangi dengan bau biskut raya dibakar. Masa ni nampak di depan rumah masing2  aktiviti menjemur tepung… tak pasti kenapa, tapi ada yang berkata biskut akan menjadi lebih ranggup dan sedap.. hehe Betul ke? Kalau setakat sekilo dua boleh la nak jemur.. tapi kalau dah seguni.. hemm..pikir la sendiri.mimicarey
Ingat zaman muda-muda dulu.. Buat biskut dari lepas terawikh sampai ke waktu sahur.. siap tertidur depan oven, biskut pun terangit la.. Biskut hangit ni la yang dibelasah makan dek kami adik beradik, yang cantik-cantik simpan untuk Hari raya, Lagi banyak hangit, lagi banyak la boleh dimakan..kekeke. Sekarang dah jarang dengar orang buat biskut raya sendiri, masing -masing semangat buat biskut tunjuk-tunjuk (beli la..). Itu yang Onepiecebakery.com ambil bahagian untuk famili yang nak cari “biskut tunjuk-tunjuk”.

“Biskut tunjuk-tunjuk” ni ada ang mahal ada yang murah.. Nama sama harga berbeza… Kadang-kadang kami sebagai perniaga pun terkejut dengan lambakan biskut yang murah-murah ni.  “Camne dia boleh jual murah? tak ambil untung ke?” Akhirnya situasi ini terjawab bila dengar cerita dari kawan yang sama terlibat dalam industri ini.. bagaimana individu tu dapat menjual denga harga yang murah.. sebabnya dapat beli bahan murah. Macamana dapat bahan murah?.. dengan membeli bahan hampir tarikh luput dan ada tu tak tau barang tu halal ke tidak..sebab janji murah. Memang kira tokey kedai tu nak clearkan stok la.. satu lagi jenis pembuat biskut… yang murah-murah ni kadang-kadang rasanya alahai.. apa taknye dah dikurangkan bahan itu ini.. walaupun rupa sama rasanya berbeza. Takpe la.. barang murah rasanya murah la kan..so jangan banyak komen.”(^0^)” Tapi ada juga jenis peniaga.. biasanya yang trading ni la.. beli murah dari 2 jenis pembuat biskut raya tadi dan jual harga mahal mengikut standard harga biskut mahal. Maka berhati2 lah masa beli” biskut tunjuk-tunjuk” ni.

Panjang dah esei ni.. noktah.

Kami di Onepiecebakery.com, mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.

Biskut Raya Onepiecebakery 2009.. untuk tempahan sila klick gambar… see ya!

Oh ya… ramai yang bertanya tetang biskut raya tahun lepas.. tahun ni tak dapat buat sebab kakitangan bercuti (adik2). Insyaallah jika tak de aral biskut2 yang popular tu akan kembali lagi .. tapi munkin bukan semua..Kepada yang bertanya.. terima kasih kerana gembira dengan produk kami.. dan kami juga meminta maaf kerana terpaksa mengecewakan anda semua.

oat-cookiesmimicareycoffe-lattechocolate chip cookieschocolate-rice chocolate-peanut pralinechocolate-almondappricot-gajusCLICK  ME