Kek pelangi asli.

Kek Pelangi 2

Setelah menjelajah dari kedai-kedai, akhirnya berjaya juga mengumpulkan bahan-bahannya. Apa yang susahnya adalah untuk mendapatkan Blueberry dan Ubi bit. Bukan semua kedai ada, jika kedai tersebut biasa menjualnya, masa hendak habis pula. Perkara biasa berlaku.

Langkah seterusnya adalah mendapatkan warna dari bahan-bahan tadi. Ekstrak jusnya – saya pakai blender biasa, jadi perlu tambahkan sedikit air. (masa inilah terfikir mahu membeli pengekstrak jus – jus yang terhasil lebih pekat dan tulin)

Ke 3: Bancuh adunan kek seperti biasa. Kek Buttermilk ( kek ini guna putih telur sahaja).

Ke 4: Bahagikan adunan ke dalam 6 bekas. Tambah jus setiap satu untuk setiap adunan.  Lebih kurang 1 – 2 sudu besar (sudu sukatan ya, bukan sudu makan)

Ke 5: masuk kedalam acuan dan bakar seperti biasa.

Ke 6: Lapiskan dan fros kek dengan krim cheese.

Ke 7: Taddaa..;

Setelah siap dibakar

 

Hasil:

Warna:-

1. Warna kelihatan terlalu pucat.

2. Warna biru menjadi warna Turquise.

3. Warna Merah, hilang merahnya.

Kek pelangi sedia untuk dimakan

4.Warna purple – blueberry , menjadi biru lebam.

 

Rasa:

Sedap, Seperti makan cheese cake. Tiada rasa sayur-sayuran walau sedikit pun.

 

Kesimpulan:

Perlu buat semula dengan menambah jumlah asid untuk mengekal pigmen warna, terutama warna ubi bit, blueberry serta bunga telang.

 

 

Kek Pelangi 1

Akhir-akhir ini ada beberapa pelanggan yang bertanya tentang kek pelangi. Kek pelangi rupanya seperti pelangi, bukan hiasan tetapi keknya. Apabila dipotong ianya berbelang seperti pelangi. CANTIK tetapi penuh dengan bahan kimia – pewarna. Apabila makanan terlalu banyak pewarna saya keberatan hendak makan. Apabila saya tidak makan maka saya amat berat untuk menjualnya. Saya ada 3 orang anak di rumah dan mereka pasti meminta apa yang saya masak. Apatah lagi yang menarik pandangan mata mereka.

http://www.marthastewart.com/sites/files/marthastewart.com/images/content/tv/martha_stewart_show/show_photos/5101_5200/5140_042010_rainbow_cake_l.jpg

Sumber: www.marthastewart.com

Buttercream kami penuh perwarna. Ya.. dekorasi yang dibuat dicampurkan dengan pewarna makanan. Ia di atas kek dalam kuantiti sedikit dan saya tidak fikir mereka makan buttercream. Munkin suatu hari nanti saya akan menggunakan pewarna asli untuk dekorasi jika ada yang sanggup menerima warna krim yang pastel dan pudar.

Selepas mengembara dari Blog ke blog. Saya menemui kaedah menghasilkan warna asli dari tumbuhan. Tetapi isunya, jika untuk frosting tidak menjadi masalah bagaimana pula jika ia dibakar. Adakah ia akan bertukar warna. Sebelum ini saya pernah membuat kek dengan menggunakan Ubi bit, tetapi kek bertukar menjadi coklat pucat. Munkin Ubi bit terlalu sedikit atau kadar asid tidak mencukupi untuk mengekalkan warnanya. Doakan usaha ini berjaya, mendapatkan kek pelangi yang sedap serta selamat dimakan.

 

 

Senarai Warna dan sumber.

Kuning : kuning telur , Safron ,Kunyit

Oren : Lobak merah ,

Biru : Bunga telang , Kubis merah ( + soda = Biru)

Ungu : Bluberry, Kubis merah (+ asid)

Hijau: Bayam, Sprirulina, clorofil, Daun pandan.

Merah: Ubi bit , buah naga

Pertama: Apa yang perlu dibuat adalah cari bahannya dahulu. (^ – ^ )

 

Bahan yang saya guna untuk kajian ini adalah,

Kuning : kuning telur  ( Sedia ada)

Oren : Lobak merah  (Beli )

Biru : Bunga telang (sedia ada di rumah)

Ungu : Bluberry (Beli )

Hijau: Bayam (Sedia ada) – Pandan boleh digunakan, tetapi baunya agak kuat akan memberi kesan kepada rasa kek.

Merah: Ubi bit

Lobak merah

Bunga Telang or Blue Pea Flower [ Clitoria Flower ] - Nonya Cooking Ingredient was created to share with friends, relatives and those who interested in nonya cooking receipes.

Bunga Telang

Ubi Bit

Buah Blueberry

Imej sumber: http://www.organicmart.com.my – Lobak merah http://reviews.in.88db.com – ubi Bit http://www.enoriverfarmersmarket.com – Buah blueberry http://nonya-cooking.webs-sg.com/bunga_telang.html