Aura Ramadhan kian terasa (bahagian 2)

Salammualaikum
Alhamdullilah.. Katalog Biskut Raya OnePieceBakeryb  telah dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Alhamdullilah.. alhamdullilah sambutan memberangsangkan sebaik sahaja ia dimuat turun di alam cyber.
Seperti yang dikatakan.. kerja-kerja kelihatan mudah dan remeh memakan masa yang panjang. Katalog yang sepatutnya dilancarkan pada hari isnin telah berganjak ke hari Rabu. Wahal katalog telah lama siap pada minggu sebelumnya.

Bekas?. Pada tahun ini kami hanya menggunakan balang plastik jernih (Acrylic) dengan pita tape comel. Sesuai untuk dijadikan cenderamata, cantik, menarik, tertarik.. Tiada lagi Balang plastik penutup merah.

Bercerita tentang Biskut Raya tahun ini, ada yang baru dan ada yang lama.. (bukan biskut lama ya).
Biskut ” signature” OnePieceBakery yang dikekalkan tahun ini, Double Choc, Rolled Oats , Mimi Carey dan Orange Chocolate. Ketiga-tiga biskut ini merupakan biskut pujaan ramai dan perlu dipantau agar tidak habis dalam sekelip mata.

Amaran keras , jika membeli biskut  Double Choc dan Rolled Oats hendaklah disimpan di tempat yang  selamat, dikuatiri akan tinggal balang  menjelang raya nanti.

Mari berkenalan dengan Biskut baru One Piece Bakery bagi Tahun 2011

Peanut Button

‘Peanut Button’,

Sebagaimana rupanya begitu jua rasanya. Tidak cukup satu bila memakannya. Diperbuat daripada serbuk kacang dan mentega kacang. Sesiapa penggemar kacang inilah biskut idamannya.

 

 

Cheese Orang-orang

Cheese Orang-Orang

Sesiapa yang tidak suka biskut manis dan mahu kurang makan gula inilah pilihanya. Mengandungi cheese dan semestinya ada rasa cheese. Cheese diperbuat daripada susu, susu mengandungi kalsium… waahh… bagus biskut ini ada kalsium. Sedap dimakan dan menyihatkan.. ia juga comel. Saya suka biskut ini.

 

 

Peanut Buttercup

Peanut-Buttercup

Peanutbutter disaluti coklat gelap dan diisi di dalam kertas cawan comel. Peminat coklat dan mentega kacang pasti menyukainya.

 

 

 

Biskut-biskut lain..

  • Crunch Cookies – Sedap dengan 3 bahan utama. Oats, Coklat chip dan almond nib.
  • Tart Nanas – Tidak perlu diperkenalkan. Semua tahu tart nanas sedap. Kuih sepanjang zaman.
  • Mini popia – Dengan serunding sedikit pedas. Kanak-kanak juga boleh menikmatinya.
  • Cornflake – Emping jagung sira istimewa dengan  tiga perisa, Pedas, Madu dan coklat. Kami mencadangkan yang pedas.
  • Kacang Bawang Putih – Lain dari kebiasaan. Bagus untuk jantung.

 

Untuk keterangan lanjut serta katalog lengkap Biskut Raya 2011 klik butang di bawah. Tempahan hanya dibuka sehingga 8 ogos bersamaan 8 Ramadhan atau lebih awal jika ia telah mencapai limit tempahan.

 

 

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN