Aura Ramadhan kian terasa.

Sudah masuk hampir 2 bulan saya tidak meng ‘update’ blog ini. Sibuk dengan tempahan, sibuk dengan anak-anak dan juga sibuk mencari idea serta membuat sample biskut raya. Yea! akhirnya Biskut raya untuk 2011 sudah siap.¬† Tinggal menyiapkan katalog. Kadangkala kerja-kerja yang remeh dan kecil mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

Pertanyaan biskut raya kami terima seawal awal tahun lagi. Maa..aih! Awalnya. Tapi sekarang ia sudah menjadi perkara biasa.. iklan untuk raya di TVpun begitu juga. Beberapa hari yang lalu saya ke pusat membeli-belah bersama keluarga.

“Mama kenapa kita sudah raya, kita belum puasa lagi” Anak saya berumur 6 tahun terkejut melihat ketupat perhiasan yang bergantungan.

Bagi tahun ini, tempahan biskut raya akan diambil  dalam jumlah yang terhad. Memandangkan waktu kerja yang lebih pendek berbanding tahun-tahun sebelum serta kami tidak mempunyai pembantu tahun ini. (Sedang membayangkan keadaan yang kelam kabut nanti). Maka untuk tidak merisikokan tempahan pelangan kami mengambil jumlah yang terhad.

Prosedurnya mudah, siapa cepat dia dapat. Pengesahan tempahan apabila transaksi deposit dilakukan. Ini memastikan hanya pelanggan-pelanggan yang tulen sahaja yang kami terima.

Pengalaman tahun lepas. Tempahan terhad, ada beberapa tempahan terpaksa kami tolak, walaupun tiada diposit kami percaya kepada kesungguhanya. Pelanggan yang janji mahu ambil, bertangguh dari hari ke hari hingga minggu raya. Akhirnya senyap… Biskut raya yang ditempah sayu di sudut dinding. Hendak buat bagaimana, tuannya tidak mahu ambil. Hmmm..

Bersambung………….