Happy Family Bear

Assalamualaikum!..Hemm.. Terasa agak kekok dan janggalnak menulis apabila dah tak menulis sejak tamat belajar, dan agak kekok juga.. bila first time tulis blog ni. Nak mula kat mana pun serba tak kena.Gambar tersangaat la banyak.. kalau nak post semua… tak terdaya nak buat. Jadi nak senang cerita kita mulakan dengan minggu ni..

wedding-cake.jpg

Happy Famili Bear

Tempahan kali ini dibuat oleh si suami untuk ulang tahun perkahwinannya. Tempahan ni, Suprise untuk isteri tercinta. Biasanya si Isteri yang order.. Untuk design cake ni.. ada beberapa syarat yg ditetapkan.. No Pink color, No Heart shape. So kami buat 3tier mini cake,ala-ala wedding cake. Kuantiti Lebih kurang 1mix chocolate cake. Size bawah 6 inci, 4inci dan yang atas 1 biji cupcake saiz L. Dalam, Chocolate cake dengan layer chocolate cream dan di balut dengan fondant. Top up dengan beruang yang juga dibentuk dengan fondant. Keseluruhan cake boleh makan.. kecuali tetulangnya dari chopstick, agar cake tak tumbang. Happy Anniversary buat Yati & Andi, dari Kota Damansara.

LuvBear cupcakeluvbear-cupcake

Kebetulan selepas tempahan ini dihantar ke Damansara, Kami menerima tempahan cupcake yang nakkan En.Bear juga.  Tempahan ni juga dari customer lama, Niny bagi pihak kakaknya.. di senawang, Untuk dbawa pulang ke Putrajaya. Size- M25, Flavor- Chocolate, Theme color- Pink,red & white.

lovybear cupcakes.jpg