Check out the Latest Works:

Soalan Lazim

  1. Bolehkah saya campur-campur perisa?
    Ya. 2 perisa untuk satu set.

  2. Bolehkah OnePieceBakery menerima dan membuat cupcake/kek tanpa menggunakan telur?
    Ya. Kami ada membuat kek/cupcake tanpa telur (vegan).

  3. Sejauh mana lingkungan khidmat penghantaran OnePieceBakery?
    Kami menghantar di sekitar Seremban, Nilai, Lembah klang dan Melaka.

  4. Berapakah kos penghantaran?
    Kos penghantaran berbeza, bergantung kepada lokasi. Kami hanya mengenakan bayaran hanya pada kadar kos yang sebenar seperti minyak dan tol, tidak lebih dari itu. Sila Rujuk Delivery Charge

  5. Berapakah tempoh masa untuk saya membuat tempahan?
    Tempahan boleh dibuat sekurang-kurang tiga(3) hari, Namun kebiasaanya kami sibuk (terutama tempahan hujung minggu) maka lagi awal tempahan dibuat .Sebaik-baiknya tempahan dibuat 1 minggu sebelum tarikh dikehendaki. Tempahan awal membolehkan peluang tempahan Tuan/Puan diterima sebaiknya. Tempahan untuk majlis perkahwinan adalah digalakkan membuat tempahan seawal mungkin dalam tempoh sebulan sebelum tarikh (lagi awal lebih baik).

  6. Bagaimanakah cara untuk saya membuat tempahan?
    Mudah sekali, hantar butiran tempahan Tuan/Puan menggunakan borang online kami (order form) atau hantar email kepada kami di alamat onepiecebakery [at] yahoo.com (gantikan [at] dengan ‘ @ ‘. Sebaik mendapat butir tempahan Tuan/Puan kami akan memberi balasan dalam 3 hari waktu bekerja (maksimum).

  7. Boleh atau tidak saya membuat tempahan melalui talifon?
    Tempahan melalui adalah tidak digalakan, kami mengalakan tempahan menerusi email atau temujanji dirumah bagi mengelakkan salahfaham.

  8. Terma-terma pembayaran.
    Bayaran penuh di perlukan bagi jumlah tempahan dibawah nilai RM100 dan deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan tempahan diperlukan untuk nilai tempahan atas RM100. Namun, jika tempahan dibuat awal melebihi 3 bulan (untuk tempahan melebihi RM100 keatas), kami menerima bayaran secara berperingkat.

  9. Bagaimana saya hendak membuat pembayaran?
    Pembayaran boleh dibuat melalui account kami iaitu Maybank dan CIMB. Kami juga menerima pembayaran melalui Credit card, PayPal dan Western Union.

  10. Bila saya perlu bayar.
    Pembayaran perlu dibuat 3hari selepas pengesahan penerimaan tempahan. Jika dalam tempoh tersebut pihak kami tidak menerima apa-apa berita dari pihak Tuan/Puan, tarikh tersebut akan dibuka kepada pihak lain.

  11. Terma Pembatalan dan Pertukaran tempahan.
    Pembatalan tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3hari dan pertukaran tempahan 5hari.

  12. Bagaimana hendak membatalkan tempahan sedangkan pembayaran telah dibuat.
    Jika tempahan hendak dibatalkan, tiada pemulangan bayaran akan dibuat, namun begitu pihak puan/tuan boleh menetapkan tarikh baru.

  13. Bolehkah OnePieceBakery menerima tempahan istimewa (pengubahsuaian dari segi warna,tema mahupun rekabentuk) ?
    Ya kami menerimanya.

  14. Berapa lama tempoh luput kek/cupcake OnePieceBakery?
    Kek kami dibuat tanpa bahan pengawet oleh yang demikian ketahananya adalah 3 hari pada suhu bilik dan seminggu didalam peti sejuk. Perlu diberi perhatian, kek akan mula dalam tempong penyimpanan. Namun tempoh ketahanan bergantung pada penjagaan dan suhu sekitar. (bergantung pada suhu sekitar dan cara penyimpanan)

    note: simpan kek dalam bekas kedap udara – bagi mengelakkan ia cepat kering serta tidak menyerap bau-bauan sekitarnya, terutama penyimpanan dalam peti sejuk. Jangan Biarkan ia terdedah kepada suhu yang panas(berpeluh)- jika tidak ia cepat rosak

  1. (required)
  2. (valid email required)
  3. (required)
  4. (required)
 

cforms contact form by delicious:days