cookies

Masa untuk membakar Biskut Raya .

Harum baunya membuat perut minta diisi. Kalau tidak puasa sudah lama biskut-biskut ini kena ‘ngap-ngap-ngap’.

Sekarang minggu ke -2 kita berpuasa. Tempahan secara rasminya ditutup hari ini. Tiada lagi tambahan-tambahan order ya..(selepas tarikh tutup masih ramai lagi yang menempah dan menambah order. Terima kasih semua (^v^). ) Pada sesiapa yang tidak berkesempatan, jika ada x-tra kami akan war-warkan. Kepada sesiapa yang sudah membuat tempahan, pembayaran hendaklah dijelaskan sesegera munkin ya… supaya mudah kami menguruskan kerja-kerja penghantaran yang akan bermula minggu depan dengan jayanya. Yeah!!. Terima Kasih.

Mari menyambung kerja….Tepung sudah diayak, pengadun sudah bersedia… arghh.. ada satu lagi barang tidak cukup.Huhuhu… kedai pula tidak buka. Miss.. sasaran hari ini. Harap-harap boleh dikejar lagi jika tidak kena buat kerja overtime..huaaa.
(misi tahun ini:- Tiada lagi ‘stayback’)

Buat kerja lain dululah….

Selamat Berbuka..

(menu apa ya hari ini.. alamak pakcik sudah keluar beli barang..” pakcik ayam dan daun pandan!!” )

 

 

Aura Ramadhan kian terasa (bahagian 2)

Salammualaikum
Alhamdullilah.. Katalog Biskut Raya OnePieceBakeryb  telah dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Alhamdullilah.. alhamdullilah sambutan memberangsangkan sebaik sahaja ia dimuat turun di alam cyber.
Seperti yang dikatakan.. kerja-kerja kelihatan mudah dan remeh memakan masa yang panjang. Katalog yang sepatutnya dilancarkan pada hari isnin telah berganjak ke hari Rabu. Wahal katalog telah lama siap pada minggu sebelumnya.

Bekas?. Pada tahun ini kami hanya menggunakan balang plastik jernih (Acrylic) dengan pita tape comel. Sesuai untuk dijadikan cenderamata, cantik, menarik, tertarik.. Tiada lagi Balang plastik penutup merah.

Bercerita tentang Biskut Raya tahun ini, ada yang baru dan ada yang lama.. (bukan biskut lama ya).
Biskut ” signature” OnePieceBakery yang dikekalkan tahun ini, Double Choc, Rolled Oats , Mimi Carey dan Orange Chocolate. Ketiga-tiga biskut ini merupakan biskut pujaan ramai dan perlu dipantau agar tidak habis dalam sekelip mata.

Amaran keras , jika membeli biskut  Double Choc dan Rolled Oats hendaklah disimpan di tempat yang  selamat, dikuatiri akan tinggal balang  menjelang raya nanti.

Mari berkenalan dengan Biskut baru One Piece Bakery bagi Tahun 2011

Peanut Button

‘Peanut Button’,

Sebagaimana rupanya begitu jua rasanya. Tidak cukup satu bila memakannya. Diperbuat daripada serbuk kacang dan mentega kacang. Sesiapa penggemar kacang inilah biskut idamannya.

 

 

Cheese Orang-orang

Cheese Orang-Orang

Sesiapa yang tidak suka biskut manis dan mahu kurang makan gula inilah pilihanya. Mengandungi cheese dan semestinya ada rasa cheese. Cheese diperbuat daripada susu, susu mengandungi kalsium… waahh… bagus biskut ini ada kalsium. Sedap dimakan dan menyihatkan.. ia juga comel. Saya suka biskut ini.

 

 

Peanut Buttercup

Peanut-Buttercup

Peanutbutter disaluti coklat gelap dan diisi di dalam kertas cawan comel. Peminat coklat dan mentega kacang pasti menyukainya.

 

 

 

Biskut-biskut lain..

  • Crunch Cookies – Sedap dengan 3 bahan utama. Oats, Coklat chip dan almond nib.
  • Tart Nanas – Tidak perlu diperkenalkan. Semua tahu tart nanas sedap. Kuih sepanjang zaman.
  • Mini popia – Dengan serunding sedikit pedas. Kanak-kanak juga boleh menikmatinya.
  • Cornflake – Emping jagung sira istimewa dengan  tiga perisa, Pedas, Madu dan coklat. Kami mencadangkan yang pedas.
  • Kacang Bawang Putih – Lain dari kebiasaan. Bagus untuk jantung.

 

Untuk keterangan lanjut serta katalog lengkap Biskut Raya 2011 klik butang di bawah. Tempahan hanya dibuka sehingga 8 ogos bersamaan 8 Ramadhan atau lebih awal jika ia telah mencapai limit tempahan.

 

 

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Selamat Menunaikan Haji dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Terlalu pantas masa berlalu..”bulan haji…telah tiba lagi”… Tahun ini tempahan untuk tarikh 26 nov – 28 nov. telah bermula, tetapi bukan untuk perayaan Hari raya Aidiladha atau turut dikenali sebagai raya qurban atau raya haji. Kebanyakan tempahan adalah bertujuan majlis pertunangan dan perkahwinan. Sudah menjadi gaya sekarang, asal ada cuti buat kenduri kahwin atau majlis bertunang. Jika dulu hanya terhad musim cuti sekolah atau cuti umum tapi sekarang tak kisah la raya atau tidak, susah mendapat cuti barangkali.

Ini bukan kali pertama menghantar bakal haji. Kebiasaanya saya akan menghantar di Kelana Jaya. Namun ini kali pertama kali saya menghantar mereka pergi dari depan pintu rumah. Hati terasa syahdu dan terusik bila mendengar alunan azan. Baru saya paham rasa perbezaan pergi menunaikan haji dengan pergi melancong. Semoga bakal-bakal haji dapat menunaikan rukun kelima ini dengan baik dan mendapat redha serta haji Mabrur.

Sempena Raya Aidiladha yang bakal menjelang, Kami Onepiecebakery.com mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT BERKAT DAN KEREDHAANNYA. Selamat Berkorban 🙂

PROMOSI HARI RAYA AIDILADHA 2009

Chocolate chocolate chips cookies– RM20 RM17

Coklat cookies yang istimewa dari Onepiecebakery .Permintaan tertinggi Hari Raya Aidilfitri 2009


Kek Coklat Moist(* resepi baru*)- RM55.00 RM45/9″ dia.
Coklat cake yang istimewa dilapis dengan coklat ganache dan diliputi dengan coklat ganache, insyaallah sedap dan tidak puas dengan satu gigitan.


Terma dan Syarat;

1. Tempahan dibuka bermula 16hb nov 09 – 20hb Nov 09.

2. Tempahan perlu dia buat melalui email.

3. Tempahan sah bila pembayaran telah dibuat dalam tempoh promosi.

(no account akan diberi jika kami menerima tempahan tersebut.)

4. Tempahan hendaklah diambil di Onepiecebakery pada 25hb & 26hb.

5. Tiada customize design.


ORDER

Tempahan adalah terhad.

chocolate-chocolate-chips-cookies

chocolate-chocolate-chips-cookies

Chocolate moist cake

Chocolate moist cake