bakery news

Tip: Telur

Bagaimana mahu tahu telur itu segar atau tidak?

1. Ambil sebekas air, letak telur di dalamya.

  • Jika telur itu jatuh laju dan tenggelam = Segar
  • Jika telur itu turun lambat dan terapung = Tidak segar (semakin tinggi ia terapung, semakin tidak berkualiti telur itu.)

2. Goncang telur.

  • Jika ia berbunyi seperti ada cecair¬† = Tidak segar

3. Pecah telur.

  • Telur segar – Putih telurnya pekat dan kental, kuning telurnya bulat cantik.
  • Telur tidak segar – Putih telur cair seperti air, Kuning telur mudah pecah dan kadangkala ia melekat kepada kulit bahagian dalam.

 

Telur segar

Untuk menghasilkan kek yang cantik naiknya serta sedap rasanya, pilih telur yang segar. ūüôā

 

Fathers Day / Hari Bapa

Bulan Jun bakal menjelang. Setelah hari ibu kini giliran hari bapa pula. Melihat senario hari ini Hari ibu dan Hari bapa telah menjadi salah satu agenda di dalam kalendar negara kita setiap tahun. Hari bapa jatuh pada hari atau bulan berbeza mengikut negara masing-masing. Di Malaysia hari bapa disambut pada hari ahad ke 3 bulan Jun, Maka tahun ini ia akan disambut pada 17 jun 2012.

Bersempena Hari Bapa,¬† OnePieceBakery memberi potongan harga pada kek pilihan sepanjang bulan Jun ini. Mari meraikan Superhero kita. ūüôā

Menu pilihan Hari Bapa.

1.Opera : RM90 RM80

 3 Lapisan Jocondo (span badam) dengan sirap kopi, coklat ganache (converture) dan krim kopi serta disudahi dengan coklat glaze.

2. Hero : RM80 RM70

Kek Hero

Lapisan kek coklat lembab bersama Kek cheese Coklat dan Mousse kopi. Sangat Budiman.

3. Duran Duran : RM80  RM70

Lapisan kek vanilla bersama inti krim Durian. Tempahan perlu awal seminggu dan bergantung kepada stok durian di pasaran.

Ada lagi..

  • Kupon diskaun 10% untuk setiap pembelian kek Hari jadi.¬† Kupon sah untuk 1 tahun.

 

Apa lagi, mari kita raikan Bapa.  Klik untuk Order

Mohon maaf untuk tempahan pada 1 hingga 5 jun telah ditutup.

Pavlova

Pavlova

Alhamdulillah, akhirnya Laptop kembali sihat seperti sediakala. Tahu-tahu heboh cerita tentang Pavlova. Di sana dan di sini telah bercerita tentang Pavlova. Mana-mana blog pasti ada cerita mahupun gambarnya. Hinggakan adik saya turut menyebutnya. Saya tidak tahu kenapa Pavlova ini meletup tiba-tiba. Padahal ia telah menjadi dessert klasik.

” Kak long tahu Pavlova? Nampak macam sedap. ” Suatu hari adik saya bertanya.

“Mahukah, Nanti Kak long buat”

” Mahu, hendak tahu bagaimana rasanya? Di KL semua orang bagai gila dengan Pavlova ini, selepas demam macaroon”

Apa itu Pavlova?

Pavlova bukan dessert baru. Ia telah dicipta pada penghujung tahun 1920an khas untuk Penari ballet Rusia bernama Anna Pavlova yang telah datang ke New Zealand dan Australia. Sudah antik dessert ini, hampir 100 tahun dan menjadi dessert tradisi bagi rakyat New Zealand dan Australia.

Dessert Pavlova ini dihasilkan sama seperti membuat meringue iaitu putih telur yang dipukul hingga kental bersama gula. Namun yang membezakan antara meringue dan Pavlova adalah tambahan bahan di dalam resepi seperti tepung jagung, cuka dan Vanila. Kombinasi ini memberikan tekstur rangup dan rapuh di luar serta lembut seperti mashmallow didalam bila dimakan bersama Krim Chantilly (Whipped fresh cream) serta buah-buahan.

Jenis buah-buahan terpulang pada citarasa masing-masing. Namun kombinasi warna yang dihasilkan melalui gabungan buah Strawberi, kiwi dan pic sentiasa menarik perhatian. Munkin kerana ini Pavlova menjadi popular di Malaysia.

Pavlova lebih sedap dimakan selepas 2jam disediakan dan boleh bertahan sehingga 2 hari. (Di dalam peti sejuk) Selepas waktu itu tekturnya hilang rangup serta menjadi terlalu lembut seperti memakan krim. Namun masih enak dengan buah-buahan yang banyak. Nyum!!

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu dan juga buat bakal – bakal ibu.

Untuk promosi bersempena hari ibu, Lihat promosi.  (^ _  ^) v

 

Rujukkan: The Art & Soul of Baking; Sur la table & Cindy Mushet | wikipedia.

Akhir Tahun 2011

Kalendar 2011 hampir tamat tempohnya… tinggal beberapa hari sahaja perkhidmatanya akan berakhir. Dia akan dicabut dari tahtanya dan digantikan dengan 2012.

Banyak perkara yang hendak direalisasikan pada tahun 2012. WaHaa.. semangat 2012 berkobar-kobar. Tahun 2011 biarkan sahaja, jangan pandang belakang takut nanti tersungkur tersandung batu dihadapan.

2011, Menu baru, perisa baru, projek baru, promosi baru, produk baru dan harga baru (part ini yang tidak berapa menarik.. tapi hendak buat bagaimana…). Semuanya akan jadual sepanjang tahun dan ada harga istimewa untuk yang booking awal.

Program pertama kita mulakan dengan meraikan hari persaraan 2011.

Apa yang istimewa ??

1. Perisa baru : Cupcake strawberi dengan choclate chip.

2. Topper macaron dengan inti coklat.

3. Harga terendah RM3.00. Nilai asal RM5.50

4. Minimum order 9pcs sahaja.

 

Oleh kerana ia edisi terhad ia dikira “Siapa cepat dia dapat” dan tempahan dibuka sehingga 31/12/11 atau sehingga habis stok macaroon.

Oleh kerana ianya 9pcs sahaja, Cupcake perlu diambil sendiri di Taman Paroi Jaya, Seremban.

Perkara Kedua, kepada yang berminat hendak bertanya apa-apa soalan, boleh bertanya di kaunter pertanyaan. Kami akan menjawab secara emaila atau  sebagai topik blog kami.

Kauter Pertanyaan — kaunternya tidak siap lagi. Email dahululah¬† ;).

 

:::SELAMAT TAHUN BARU:::

Masa untuk membakar Biskut Raya .

Harum baunya membuat perut minta diisi. Kalau tidak puasa sudah lama biskut-biskut ini kena ‘ngap-ngap-ngap’.

Sekarang minggu ke -2 kita berpuasa. Tempahan secara rasminya ditutup hari ini. Tiada lagi tambahan-tambahan order ya..(selepas tarikh tutup masih ramai lagi yang menempah dan menambah order. Terima kasih semua (^v^). ) Pada sesiapa yang tidak berkesempatan, jika ada x-tra kami akan war-warkan. Kepada sesiapa yang sudah membuat tempahan, pembayaran hendaklah dijelaskan sesegera munkin ya… supaya mudah kami menguruskan kerja-kerja penghantaran yang akan bermula minggu depan dengan jayanya. Yeah!!. Terima Kasih.

Mari menyambung kerja….Tepung sudah diayak, pengadun sudah bersedia… arghh.. ada satu lagi barang tidak cukup.Huhuhu… kedai pula tidak buka. Miss.. sasaran hari ini. Harap-harap boleh dikejar lagi jika tidak kena buat kerja overtime..huaaa.
(misi tahun ini:- Tiada lagi ‘stayback’)

Buat kerja lain dululah….

Selamat Berbuka..

(menu apa ya hari ini.. alamak pakcik sudah keluar beli barang..” pakcik ayam dan daun pandan!!” )

 

 

Aura Ramadhan kian terasa (bahagian 2)

Salammualaikum
Alhamdullilah.. Katalog Biskut Raya OnePieceBakeryb  telah dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Alhamdullilah.. alhamdullilah sambutan memberangsangkan sebaik sahaja ia dimuat turun di alam cyber.
Seperti yang dikatakan.. kerja-kerja kelihatan mudah dan remeh memakan masa yang panjang. Katalog yang sepatutnya dilancarkan pada hari isnin telah berganjak ke hari Rabu. Wahal katalog telah lama siap pada minggu sebelumnya.

Bekas?. Pada tahun ini kami hanya menggunakan balang plastik jernih (Acrylic) dengan pita tape comel. Sesuai untuk dijadikan cenderamata, cantik, menarik, tertarik.. Tiada lagi Balang plastik penutup merah.

Bercerita tentang Biskut Raya tahun ini, ada yang baru dan ada yang lama.. (bukan biskut lama ya).
Biskut ” signature” OnePieceBakery yang dikekalkan tahun ini, Double Choc, Rolled Oats , Mimi Carey dan Orange Chocolate. Ketiga-tiga biskut ini merupakan biskut pujaan ramai dan perlu dipantau agar tidak habis dalam sekelip mata.

Amaran keras , jika membeli biskut  Double Choc dan Rolled Oats hendaklah disimpan di tempat yang  selamat, dikuatiri akan tinggal balang  menjelang raya nanti.

Mari berkenalan dengan Biskut baru One Piece Bakery bagi Tahun 2011

Peanut Button

‘Peanut Button’,

Sebagaimana rupanya begitu jua rasanya. Tidak cukup satu bila memakannya. Diperbuat daripada serbuk kacang dan mentega kacang. Sesiapa penggemar kacang inilah biskut idamannya.

 

 

Cheese Orang-orang

Cheese Orang-Orang

Sesiapa yang tidak suka biskut manis dan mahu kurang makan gula inilah pilihanya. Mengandungi cheese dan semestinya ada rasa cheese. Cheese diperbuat daripada susu, susu mengandungi kalsium… waahh… bagus biskut ini ada kalsium. Sedap dimakan dan menyihatkan.. ia juga comel. Saya suka biskut ini.

 

 

Peanut Buttercup

Peanut-Buttercup

Peanutbutter disaluti coklat gelap dan diisi di dalam kertas cawan comel. Peminat coklat dan mentega kacang pasti menyukainya.

 

 

 

Biskut-biskut lain..

  • Crunch Cookies – Sedap dengan 3 bahan utama. Oats, Coklat chip dan almond nib.
  • Tart Nanas – Tidak perlu diperkenalkan. Semua tahu tart nanas sedap. Kuih sepanjang zaman.
  • Mini popia – Dengan serunding sedikit pedas. Kanak-kanak juga boleh menikmatinya.
  • Cornflake – Emping jagung sira istimewa dengan ¬†tiga perisa, Pedas, Madu dan coklat. Kami mencadangkan yang pedas.
  • Kacang Bawang Putih – Lain dari kebiasaan. Bagus untuk jantung.

 

Untuk keterangan lanjut serta katalog lengkap Biskut Raya 2011 klik butang di bawah. Tempahan hanya dibuka sehingga 8 ogos bersamaan 8 Ramadhan atau lebih awal jika ia telah mencapai limit tempahan.

 

 

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Aura Ramadhan kian terasa.

Sudah masuk hampir 2 bulan saya tidak meng ‘update’ blog ini. Sibuk dengan tempahan, sibuk dengan anak-anak dan juga sibuk mencari idea serta membuat sample biskut raya. Yea! akhirnya Biskut raya untuk 2011 sudah siap.¬† Tinggal menyiapkan katalog. Kadangkala kerja-kerja yang remeh dan kecil mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.

Pertanyaan biskut raya kami terima seawal awal tahun lagi. Maa..aih! Awalnya. Tapi sekarang ia sudah menjadi perkara biasa.. iklan untuk raya di TVpun begitu juga. Beberapa hari yang lalu saya ke pusat membeli-belah bersama keluarga.

“Mama kenapa kita sudah raya, kita belum puasa lagi” Anak saya berumur 6 tahun terkejut melihat ketupat perhiasan yang bergantungan.

Bagi tahun ini, tempahan biskut raya akan diambil  dalam jumlah yang terhad. Memandangkan waktu kerja yang lebih pendek berbanding tahun-tahun sebelum serta kami tidak mempunyai pembantu tahun ini. (Sedang membayangkan keadaan yang kelam kabut nanti). Maka untuk tidak merisikokan tempahan pelangan kami mengambil jumlah yang terhad.

Prosedurnya mudah, siapa cepat dia dapat. Pengesahan tempahan apabila transaksi deposit dilakukan. Ini memastikan hanya pelanggan-pelanggan yang tulen sahaja yang kami terima.

Pengalaman tahun lepas. Tempahan terhad, ada beberapa tempahan terpaksa kami tolak, walaupun tiada diposit kami percaya kepada kesungguhanya. Pelanggan yang janji mahu ambil, bertangguh dari hari ke hari hingga minggu raya. Akhirnya senyap… Biskut raya yang ditempah sayu di sudut dinding. Hendak buat bagaimana, tuannya tidak mahu ambil. Hmmm..

Bersambung………….

 

 

Sibuknya.

As Salam,

Laju sungguh masa berlari sehingga tidak terkejar dengan task yang beratur untuk diselesaikan. (adakah masa terlalu cepat atau saya yang terkedek-kedek bergerak). Sekarang sudah minggu ke 2 Mei banyak yang di rancang tidak terlaksana.

Mothers day (Sudah lepas) & Teachers day (akan datang ) tidak sempat hendak buat apa-apa promosi. Akan cuba tahun depan.

Hoho.. Kita layan beberapa projek One Piece yang lepas.

Kek bersaiz 8 in diameter.

Butterfly : royal icing.

Bunga : sugar paste.

Ising : Fondant

Tempoh siap : 3hari.  bermula dengan butterfly 3 hari awal, Bunga 3 hari   awal.  Hari akhir, bakar kek dan cover dengan fondant dan susun bunga.

 

 

 

Kek cawan saiz besar (L)

Topper ising dan dekorasi: Krim mentega

Plak perkataan: Fondant

 

Ini sahaja yang sempat untuk kali ini. Ada urusan lain pula yang perlu diselesaikan. Hii ahh!!

Promosi April

Updated 10 Mei 2011 Promosi April  Cream cheese butter cake sudah di tutup. Harga terkini

Kek Square 8in : RM 60 

Cupcake Medium 25pcs: RM50 

 

Sudah terlepas satu bulan untuk update Blog ini. Tahun ini masa terasa terlalu pantas berlalu, sepatutnya ada Promosi untuk bulan Mac nampaknya sudah terlepas. Sedar-sedar sudah April, itu pun sudah hampir mencukupi seminggu. Masa Oh! masa, lajunya kamu.

Untuk Bulan April, One Piece Bakery menghidangkan Kek Butter chesse. SEDAP kami semua suka.. Memang tidak cukup jika makan sepotong. Cubalah. Sesuai untuk minum petang, menjamu tetamu dan ketika berkumpul dengan ahli keluarga.

Harga:-

Kek Square 8in : RM 60 RM45

Cupcake Medium 25pcs: RM50 RM40

Nota:

Hiasan atas cupcake atau kek adalah seperti gambar. Jika mahu customize sila beritahu kami. Charge tambahan akan dikenakan bergantung kepada dekorasi.

Klik untuk ORDER

Menu Baru Red Velvet Cake Cupcakes

Tahun baru menjelma, waktu bercuti sudah berakhir. Banyak kerja yang perlu dilakukan tentang produk dan tentang website. Bnayak yang perlu diperbaiki dan diperbaharui. Namun ia agak sukar untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat dengan ada perkara lain yang perlu dilakukan.

Untuk tahun 2011, perkenalkan menu baru Onepiecebakery iaitu Red Velvet, setelah beberapa pelanggan bertanya dan setelah beberapa kali kami cuba membuatnya. Rasanya sedap da digemari oleh pencuba rasa kami.

Apa itu Red Velvet;

Red velvet adalah ‘buttermilk’ kek yang berwarna merah, mengandungi serbuk koko dan pewarna merah. Mahu cuba.. mari tempah dengan kami pada harga istimewa sepanjang bulan Febuari ini.

Kek

K7 – Saiz 7in RM35 RM30 (Saiz 7″ hanya untuk promosi bulan Febuari sahaja)

Red Velvet Cupcake

K9 – Saiz 9in RM70 RM55

Cupcake

Saiz M – RM 55 RM45

Order