Cupcake Tadika Kanak-kanak riang

Assalammualaikum semua.

(Sorok-sorok muka)

Ehem! Ehem!

(Pembaca : Terbatuk-batuk kerana sudah banyak habuk)

*Senyum*

Ya! faham,. Sudah lambat membaharui blog dan berita terkini One Piece Bakery.
Namun saya tidak akan beralah dengan sentiasa berusaha memantapkan input terkini bagi blog dan berita-berita perihal dunia bakeri dan One Piece Bakery khasnya.

Apa yang terbaru?

– Seorang lelaki yang makin mahir melakukan kerja-kerja senitangan halus menghiaskan cupcake dan cake ( Eh! kenapa ada orang yang sedang masuk dalam bakul di situ?)

-Seorang wanita yang ditunggu-tunggu oleh lelaki-yang-makin-mahir itu untuk masuk ke dalam dapur One Piece Bakery.

-Seorang Puteri yang selamat dilahirkan!

*Senyum*

Alhamdulillah. Ahli dapur One Piece Bakery bertambah dengan kehadiran seorang puteri jelita. Waktu ini dia berfungsi sebagai penenang jiwa dan pengubat letih ayah dan ibunya. Nanti saya cerita dalam satu post baru ya!

Post ini ditujukan khas buat pelanggan@kawan@sahabat keras One Piece Bakery, Puan Klyn (Eh! kenapa ada pembaca yang merah-merah telinganya itu *senyum*)

Sebenarnya agak lewat untuk menyiarkan hasil kerja ini, namun saya mesti tunaikan janji. Jadi saya mohon maaf atas kelewatan yang amat sangat ini. InsyaALLAH selepas ini saya rajin memberi maklumbalas.

Projek untuk Anak-anak Riang, bersempana Hari Jadi anak Puan Klyn kita. Ibu anak cemerlang ini mengerahkan ibunya (Puan Klyn) untuk menyediakan 2 sesi kek bersempena hari lahirnya. Nama anak hebat ini Sorfina.

Pertama beliau mahu cupcake buat dia dan teman-teman setaskanya. Inilah hasilnya, cupcake di bawah kategori Simple Cupake.

[singlepic id=225 w=320 h=240 float=center]

Sebagai Extra, ibunya memilih kotak cupcake Window Box

[singlepic id=226 w=320 h=240 mode=web20 float=center]

Detail:

S36 (size Small 36pcs sekotak)
Window Box

Ini baru Bahagian 1 sesi hari lahirnya.
Bahagian kedua waktu petangnya pula, untuk disambut bersama rakan-rakan dirumah ‘babysitter’ mereka. Kek ini mahu bertemakan Puteri dan merah jambu.

Inilah hasilnya (itu hasil kerja tangan orang-lelaki-yang-makin-mahir <–Konon!)

[singlepic id=227 w=320 h=240 float=center]

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hari itu.

Tunggu post terkini dari saya. Banyak yang hendak dikongsikan. Baiklah, saya mahu berkemas.

(Pembaca: beredar sambil batuk-batuk…uhuk..uhuk..)