Check out the Latest Works:
Akhir Tahun 2011

Kalendar 2011 hampir tamat tempohnya… tinggal beberapa hari sahaja perkhidmatanya akan berakhir. Dia akan dicabut dari tahtanya dan digantikan dengan 2012.

Banyak perkara yang hendak direalisasikan pada tahun 2012. WaHaa.. semangat 2012 berkobar-kobar. Tahun 2011 biarkan sahaja, jangan pandang belakang takut nanti tersungkur tersandung batu dihadapan.

2011, Menu baru, perisa baru, projek baru, promosi baru, produk baru dan harga baru (part ini yang tidak berapa menarik.. tapi hendak buat bagaimana…). Semuanya akan jadual sepanjang tahun dan ada harga istimewa untuk yang booking awal.

Program pertama kita mulakan dengan meraikan hari persaraan 2011.

Apa yang istimewa ??

1. Perisa baru : Cupcake strawberi dengan choclate chip.

2. Topper macaron dengan inti coklat.

3. Harga terendah RM3.00. Nilai asal RM5.50

4. Minimum order 9pcs sahaja.

 

Oleh kerana ia edisi terhad ia dikira “Siapa cepat dia dapat” dan tempahan dibuka sehingga 31/12/11 atau sehingga habis stok macaroon.

Oleh kerana ianya 9pcs sahaja, Cupcake perlu diambil sendiri di Taman Paroi Jaya, Seremban.

Perkara Kedua, kepada yang berminat hendak bertanya apa-apa soalan, boleh bertanya di kaunter pertanyaan. Kami akan menjawab secara emaila atau  sebagai topik blog kami.

Kauter Pertanyaan — kaunternya tidak siap lagi. Email dahululah  ;) .

 

:::SELAMAT TAHUN BARU:::

Masa untuk membakar Biskut Raya .

Harum baunya membuat perut minta diisi. Kalau tidak puasa sudah lama biskut-biskut ini kena ‘ngap-ngap-ngap’.

Sekarang minggu ke -2 kita berpuasa. Tempahan secara rasminya ditutup hari ini. Tiada lagi tambahan-tambahan order ya..(selepas tarikh tutup masih ramai lagi yang menempah dan menambah order. Terima kasih semua (^v^). ) Pada sesiapa yang tidak berkesempatan, jika ada x-tra kami akan war-warkan. Kepada sesiapa yang sudah membuat tempahan, pembayaran hendaklah dijelaskan sesegera munkin ya… supaya mudah kami menguruskan kerja-kerja penghantaran yang akan bermula minggu depan dengan jayanya. Yeah!!. Terima Kasih.

Mari menyambung kerja….Tepung sudah diayak, pengadun sudah bersedia… arghh.. ada satu lagi barang tidak cukup.Huhuhu… kedai pula tidak buka. Miss.. sasaran hari ini. Harap-harap boleh dikejar lagi jika tidak kena buat kerja overtime..huaaa.
(misi tahun ini:- Tiada lagi ‘stayback’)

Buat kerja lain dululah….

Selamat Berbuka..

(menu apa ya hari ini.. alamak pakcik sudah keluar beli barang..” pakcik ayam dan daun pandan!!” )

 

 

Aura Ramadhan kian terasa (bahagian 2)

Salammualaikum Alhamdullilah.. Katalog Biskut Raya OnePieceBakeryb  telah dilancarkan beberapa hari yang lalu. Alhamdullilah.. alhamdullilah sambutan memberangsangkan sebaik sahaja ia dimuat turun di alam cyber. Seperti yang dikatakan.. kerja-kerja kelihatan mudah dan remeh memakan masa yang panjang. Katalog yang sepatutnya dilancarkan pada hari isnin telah berganjak ke hari Rabu. Wahal katalog telah lama siap pada minggu [...]

Aura Ramadhan kian terasa.

Sudah masuk hampir 2 bulan saya tidak meng ‘update’ blog ini. Sibuk dengan tempahan, sibuk dengan anak-anak dan juga sibuk mencari idea serta membuat sample biskut raya. Yea! akhirnya Biskut raya untuk 2011 sudah siap.  Tinggal menyiapkan katalog. Kadangkala kerja-kerja yang remeh dan kecil mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan. Pertanyaan biskut raya kami [...]

Sibuknya.

As Salam, Laju sungguh masa berlari sehingga tidak terkejar dengan task yang beratur untuk diselesaikan. (adakah masa terlalu cepat atau saya yang terkedek-kedek bergerak). Sekarang sudah minggu ke 2 Mei banyak yang di rancang tidak terlaksana. Mothers day (Sudah lepas) & Teachers day (akan datang ) tidak sempat hendak buat apa-apa promosi. Akan cuba tahun [...]

Promosi April

Updated 10 Mei 2011 Promosi April  Cream cheese butter cake sudah di tutup. Harga terkini Kek Square 8in : RM 60  Cupcake Medium 25pcs: RM50    Sudah terlepas satu bulan untuk update Blog ini. Tahun ini masa terasa terlalu pantas berlalu, sepatutnya ada Promosi untuk bulan Mac nampaknya sudah terlepas. Sedar-sedar sudah April, itu pun [...]