About Hajar

Posts by Hajar:

Selamat Menunaikan Haji dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Terlalu pantas masa berlalu..”bulan haji…telah tiba lagi”… Tahun ini tempahan untuk tarikh 26 nov – 28 nov. telah bermula, tetapi bukan untuk perayaan Hari raya Aidiladha atau turut dikenali sebagai raya qurban atau raya haji. Kebanyakan tempahan adalah bertujuan majlis pertunangan dan perkahwinan. Sudah menjadi gaya sekarang, asal ada cuti buat kenduri kahwin atau majlis bertunang. Jika dulu hanya terhad musim cuti sekolah atau cuti umum tapi sekarang tak kisah la raya atau tidak, susah mendapat cuti barangkali.

Ini bukan kali pertama menghantar bakal haji. Kebiasaanya saya akan menghantar di Kelana Jaya. Namun ini kali pertama kali saya menghantar mereka pergi dari depan pintu rumah. Hati terasa syahdu dan terusik bila mendengar alunan azan. Baru saya paham rasa perbezaan pergi menunaikan haji dengan pergi melancong. Semoga bakal-bakal haji dapat menunaikan rukun kelima ini dengan baik dan mendapat redha serta haji Mabrur.

Sempena Raya Aidiladha yang bakal menjelang, Kami Onepiecebakery.com mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT BERKAT DAN KEREDHAANNYA. Selamat Berkorban 🙂

PROMOSI HARI RAYA AIDILADHA 2009

Chocolate chocolate chips cookies– RM20 RM17

Coklat cookies yang istimewa dari Onepiecebakery .Permintaan tertinggi Hari Raya Aidilfitri 2009


Kek Coklat Moist(* resepi baru*)- RM55.00 RM45/9″ dia.
Coklat cake yang istimewa dilapis dengan coklat ganache dan diliputi dengan coklat ganache, insyaallah sedap dan tidak puas dengan satu gigitan.


Terma dan Syarat;

1. Tempahan dibuka bermula 16hb nov 09 – 20hb Nov 09.

2. Tempahan perlu dia buat melalui email.

3. Tempahan sah bila pembayaran telah dibuat dalam tempoh promosi.

(no account akan diberi jika kami menerima tempahan tersebut.)

4. Tempahan hendaklah diambil di Onepiecebakery pada 25hb & 26hb.

5. Tiada customize design.


ORDER

Tempahan adalah terhad.

chocolate-chocolate-chips-cookies

chocolate-chocolate-chips-cookies

Chocolate moist cake

Chocolate moist cake

Football @ Bola Sepak

Sedar tak sedar Syawal dah berakhir… Tempahan kek dan cupcake kembali dibuat seperti biasa. Perancangan yang dibuat untuk bulan syawal tak dapat dilaksanakan kerana tempahan telah dipenuhi untuk tempahan birthday dan kahwin selain onepiece pun nak beraya.

Seperti tahun-tahun sudah Bola menjadi tema wajib untuk Birthday bagi lelaki, terutama bila musimnye menjelang. Kami bukan peminat bola tau-tau Onepiece telah dibanjiri tempahan bertemakan bola. Ini tandanya musim bola dah tiba…agaknya masa pots ni keuar dah berakhir kot.. Rata-rata pasukan bola dari luar MU, Chelsea, Liverpool…barang kali peminat sukan Malaysia ni tak minat dengan liga sendiri. Kenapa ye.. permainan malaysia ni tak cukup bagus ke?

Customize

Customize

customize

customize

More picture

CAKES

CUPCAKES

Biskut Raya Oh! Kuih Raya…

Biskut raya atau Kuih raya adalah benda yang sama. Kudapan yang disediakan untuk tetamu yang bertandang dalam bulan syawal. Jadi Kuih atau biskut ni hanya wujud pada musim hari raya, tak kira la .. raya Aidilfitri ke, Raya cina ke atau Raya deppavali. Ia dah jadi barangan wajib ada di setiap rumah dalam meyambut hari raya.

Wajib ke? Tak la.. tapi kurang berseri hari raya tanpa biskut raya ni, Kalau tetamu datang kerumah takkan nak bagi air je..kan, mesti ada kudapan dan takkan kita nak sediakan ketupat rendang atau memasak setiap hari sepanjang bulan syawal. Jadi.. biskut atau kuih raya lah penyelamatnya. Perut pun tak senak.. kalau tiap rumah asyik kena jamah makanan berat.oat-cookies

Tak semestinya hari raya .. kalau suka bila-bila boleh makan biskut ni sebagai kudapan minum petang. walaupun kenkadang nampak janggal. “eh! ada biskut raya?” padahal biskut tu bukan la untuk hari raya sahaja.

Jika dulu, masuk minggu ke 3 ramadhan, setiap rumah berbau wangi dengan bau biskut raya dibakar. Masa ni nampak di depan rumah masing2  aktiviti menjemur tepung… tak pasti kenapa, tapi ada yang berkata biskut akan menjadi lebih ranggup dan sedap.. hehe Betul ke? Kalau setakat sekilo dua boleh la nak jemur.. tapi kalau dah seguni.. hemm..pikir la sendiri.mimicarey
Ingat zaman muda-muda dulu.. Buat biskut dari lepas terawikh sampai ke waktu sahur.. siap tertidur depan oven, biskut pun terangit la.. Biskut hangit ni la yang dibelasah makan dek kami adik beradik, yang cantik-cantik simpan untuk Hari raya, Lagi banyak hangit, lagi banyak la boleh dimakan..kekeke. Sekarang dah jarang dengar orang buat biskut raya sendiri, masing -masing semangat buat biskut tunjuk-tunjuk (beli la..). Itu yang Onepiecebakery.com ambil bahagian untuk famili yang nak cari “biskut tunjuk-tunjuk”.

“Biskut tunjuk-tunjuk” ni ada ang mahal ada yang murah.. Nama sama harga berbeza… Kadang-kadang kami sebagai perniaga pun terkejut dengan lambakan biskut yang murah-murah ni.  “Camne dia boleh jual murah? tak ambil untung ke?” Akhirnya situasi ini terjawab bila dengar cerita dari kawan yang sama terlibat dalam industri ini.. bagaimana individu tu dapat menjual denga harga yang murah.. sebabnya dapat beli bahan murah. Macamana dapat bahan murah?.. dengan membeli bahan hampir tarikh luput dan ada tu tak tau barang tu halal ke tidak..sebab janji murah. Memang kira tokey kedai tu nak clearkan stok la.. satu lagi jenis pembuat biskut… yang murah-murah ni kadang-kadang rasanya alahai.. apa taknye dah dikurangkan bahan itu ini.. walaupun rupa sama rasanya berbeza. Takpe la.. barang murah rasanya murah la kan..so jangan banyak komen.”(^0^)” Tapi ada juga jenis peniaga.. biasanya yang trading ni la.. beli murah dari 2 jenis pembuat biskut raya tadi dan jual harga mahal mengikut standard harga biskut mahal. Maka berhati2 lah masa beli” biskut tunjuk-tunjuk” ni.

Panjang dah esei ni.. noktah.

Kami di Onepiecebakery.com, mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.

Biskut Raya Onepiecebakery 2009.. untuk tempahan sila klick gambar… see ya!

Oh ya… ramai yang bertanya tetang biskut raya tahun lepas.. tahun ni tak dapat buat sebab kakitangan bercuti (adik2). Insyaallah jika tak de aral biskut2 yang popular tu akan kembali lagi .. tapi munkin bukan semua..Kepada yang bertanya.. terima kasih kerana gembira dengan produk kami.. dan kami juga meminta maaf kerana terpaksa mengecewakan anda semua.

oat-cookiesmimicareycoffe-lattechocolate chip cookieschocolate-rice chocolate-peanut pralinechocolate-almondappricot-gajusCLICK  ME

Cowboy dan PD

Theme birthday- Cowboy, dari anak-anak buat bapa tercinta. Lokasi di PD. Cake Size 8″ flavor; Chocolate cake, layer dengan chocolate ganache. Topper; Butter cream.  1Set cupcake M25-Chocolate. Cake dan cupcake dihantar ke rumah keluarga Ieqa (baru teringat nama client… :P).

Seawal pagi.. kami bertolak dari seremban pukul 6pagi… dengan hajat boleh mandi manda. Jalan kerumah Ieqa ni agak trick sket.., ditambah dengan keadaan gelap dan hujan lebat.. oleh yang demikian kami tersasar sampai kesempadan N9-Melaka. Telipon2.. cari2 direction ..akhirnya sampai juga.

Hujan masih turun renyai2 anak2 agak kecewa sebab macam takde harapan nak turun ke Pantai. Selepas Breakfast.. alhamdullillah hujan dah berhenti. Apalagi dengan mata yang bersinar2 jiwa yang membara mereka turun ke pantai..  Tapi mamanye.. mata kian layu.. dan Zzzzz… sepanjang pagi yang nyaman tu.

cowboy-cake-021

Dan juga cupcake….

cowboy1cowboy31cowboy4cowboy5

Busy week…

Salam hari Isnin. Telah berlalu minggu yang begitu sibuk, dengan tempahan, dengan Hari Peladang (walaupun tak involve totally), Dengan tetamu yang datang, Aktiviti harian yang sedia ada…. rasa cam nak minta cuti pula. Kalau ada majikan dah lama apply cuti emergency/MC sehari dua. Terutama bila muncul hari Isnin, rasa panjang list kerja yang kena buat … apatah lagi kerja-kerja yang gagal disiapkan minggu lepas.

Mari lihat beberapa kerja sepanjang minggu ni.. 2 biji cake fondant size 6″ dia. tinggi dalam 7″ (1 pink purple dan satu lagi brown dan 1 set cupcake size Large. Theme color pink purple.

cake-hataran-dropflower-02.jpg

CODE:CH 06

Tempahan dibuat oleh Ida dan Mus. Design ni dibawa sendiri oleh Ida bukan original dari Onepiecebakery, pun bengitu design ni tidak la 100% duplicate.

Bunga “handmade”, ambil masa lebih dari 1 hari mengadap untuk buat 2 set bunga ni belum lagi baking dan dekorasi. Nak tercabut pinggang dibuatnye.. Kalau beli kan senang.. kan, kan. Disebabkan psangan ni sehati sejiwa , dari lebih dari sepuluh yang dibawa, akhirnya design yang dipersetujui hampir sama..tukar warna je. Apa pun “Selamat Pengantin Baru, Ida & Mus”

CODE: CCH O6

CODE: CCH O6

Selebihnya cupcake untuk birthday dan 1 jenis Pineapple cupcake dengan topper Pineapple mousseline. Cupcake pineapple ni dibuat khas untuk Gerai Lembaga Nanas Malaysia di Pameran Hari Peladang. Pineapple cupcake dibuka untuk tempahan tapi tak sesuai untuk fancy decoration kerana toppernya tak cantik untuk diwarnakan. Cukuplah yang ni je..dah tak larat dah..

hantaran-cupcake-roses.jpg

CODE: CCH 10

love-elmo-cupcake-birthday

CODE: CCB 001



Simple rossete

CODE: CCS 001

CODE:CCB 002

CODE:CCB 002

pineapple-cupcake

pineapple-cupcake

Hantaran- kek

Hayaku..hayaku.. banyak sangat gambar nak dimasuk, tapi kena edit dulu.. huh banyak kerja jadinya. Kerja lain pun masih bertimbun tak settle lagi.. masa berjalan. Website pun banyak yang perlu dipelajari.. Almaklumlah budak baru belajar hehehe. Berkenaan dengan Website minta maaf sesangat jika ada yang eror terutama sekali page “order”.  Jika page itu masih bermasalah boleh email kami untuk tempahan dan pertanyaan di onepiecebakery(at)yahoo.com. Jadi untuk hari ini selamat mencuci mata…

Kek hantaran ni untuk 3 client yang berbeza…(minta maaf.. tak ingat siapa.. itu la akibatnya menyimpan kerja). Saiz kek, 8 inch  diameter.

[singlepic id=80 w=320 h=240 float=left]     [singlepic id=110 w=320 h=240 float=left] [singlepic id=82 w=320 h=240 float=left]     [singlepic id=89 w=320 h=240 float=left]

Happy Family Bear

Assalamualaikum!..Hemm.. Terasa agak kekok dan janggalnak menulis apabila dah tak menulis sejak tamat belajar, dan agak kekok juga.. bila first time tulis blog ni. Nak mula kat mana pun serba tak kena.Gambar tersangaat la banyak.. kalau nak post semua… tak terdaya nak buat. Jadi nak senang cerita kita mulakan dengan minggu ni..

wedding-cake.jpg

Happy Famili Bear

Tempahan kali ini dibuat oleh si suami untuk ulang tahun perkahwinannya. Tempahan ni, Suprise untuk isteri tercinta. Biasanya si Isteri yang order.. Untuk design cake ni.. ada beberapa syarat yg ditetapkan.. No Pink color, No Heart shape. So kami buat 3tier mini cake,ala-ala wedding cake. Kuantiti Lebih kurang 1mix chocolate cake. Size bawah 6 inci, 4inci dan yang atas 1 biji cupcake saiz L. Dalam, Chocolate cake dengan layer chocolate cream dan di balut dengan fondant. Top up dengan beruang yang juga dibentuk dengan fondant. Keseluruhan cake boleh makan.. kecuali tetulangnya dari chopstick, agar cake tak tumbang. Happy Anniversary buat Yati & Andi, dari Kota Damansara.

LuvBear cupcakeluvbear-cupcake

Kebetulan selepas tempahan ini dihantar ke Damansara, Kami menerima tempahan cupcake yang nakkan En.Bear juga.  Tempahan ni juga dari customer lama, Niny bagi pihak kakaknya.. di senawang, Untuk dbawa pulang ke Putrajaya. Size- M25, Flavor- Chocolate, Theme color- Pink,red & white.

lovybear cupcakes.jpg